Pelakon dan pelawak, Ammar Titan kesal dengan segelintir pihak yang seakan-akan mengamalkan sikap pilih kasih antara pelakon baharu dikenali dengan tidak popular.
Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 34, artis baharu yang memiliki kelebihan rupa paras menarik dan popular berkongsi gambar barangan mewah di media sosial akan menerima bayaran mahal. Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku terhadap pelakon tidak popular yang terpaksa memperjuangkan nasib mereka seperti dirinya. "Artis yang cantik, kacak popular muat naik gambar rumah baharu besar, muat naik kereta mewah besar, muat naik jam mahal, bayaran depa mahal.
"Artis biasa suam-suam kuku muat naik mengenai perdebatan harga yang berbaloi dengan pengalaman dan bakat. "Perlu menentang semula tau! Sedih! Sangat sedih! Kau simpan duit tu masuk dalam poket kau sendiri!" kongsinya di Instagram. Mengulas mengenai itu, Ammar turut meluahkan rasa kurang senang terhadap individu mengenakan pelbagai permintaan untuk menghidupkan watak namun tidak sepadan dengan bayaran. Tidak kurang itu, malah pelbagai perkara perlu dilakukan dalam satu masa. Ammar pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM pada 2016 hingga 2019. Antara naskhah lakonan beliau Reen Putus Cinta, Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, Cinta Round 1, Rindu Atuk dan Dalam Kasut. Sumber: mStar
|
ezacbee replied at 8-8-2022 03:37 PM
Carilah keje lain.
lasagna replied at 8-8-2022 04:27 PM
ada bau bau ke-jelesan di situ. iols tau sape yg dimaksudkan, tp biar lahh.. rezki tu kan Allah dah ...
prince_marhaen replied at 8-8-2022 04:23 PM
DAHHHH TUUU?? nak harap bakat, hebat ke macam Beto? Amirul Effendi? Norkhiriah? Nasir Bilal Khan?? K ...
lasagna replied at 8-8-2022 08:27 AM
ada bau bau ke-jelesan di situ. iols tau sape yg dimaksudkan, tp biar lahh.. rezki tu kan Allah dah ...
ADVERTISEMENT