Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan situasi cemas apabila dirinya hampir bertembung dengan seorang pramusaji yang membawa dulang bekas hidangan.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 43, memberitahu kejadian tersebut berlaku sebelum membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota pada malam Sabtu. "Kejadian sebelum masuk dewan. Terperanjat adik. Saya pun rasa adik pramusaji itu terperanjat tengok saya. "Tetapi Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Pinggan tidak pecah dan saya buat persembahan seperti biasa.
"Nasib baik saya tidak melatah kalau tidak sudah keluar silat pulut saya tau," katanya. Siti kongsikan kejadian tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke Instagram.
|
OyenLemas replied at 8-8-2022 10:31 PM
huhu comel je
ADVERTISEMENT