Johan dan Ozlynn dipuji kerana pandai mendidik anak. Solat berjemaah, mengaji al-Quran pun bersama-sama. Melihat perkongsian di Instagram, anak-anaknya mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalani rutin harian.
Di Twitter baru-baru ini ada yang muat naik video Johan mengajar anak perempuannya mengaji. Namun pelawak dan DJ radio itu dikecam kerana didakwa terlampau garang dan marah-marah semasa mengajar. Ramai yang kurang senang melihat dirinya membentak sampai anaknya dilihat menangis. Di ruangan komen ada yang tak bersetuju dengan cara yang diterapkan kerana ia boleh mendatangkan trauma kepada anak kecil. Antara komen: Namun ada juga yang menyokong usaha Johan dalam memastikan anaknya pandai dan tak buat kesilapan dalam mengaji. Sementara itu ada satu tweet yang menjadi perhatian di mana menyatakan walaupun garang tapi semua anak menjadi. "Johan ajar anak mengaji garang pun ada yang triggered tak setuju. Anak dia elok je, jadi berguna. Even yang sulung kat Dublin bukan anak dia pun, dia didik macam anak dia. Elok kejadian jadi manusia." Disebabkan ciapan tersebut, ramai yang mula mempersoalkan siapa bapa kandungnya. Allahu! Berat sungguh dakwaan tersebut, yang menulis tu tak takut ke kena saman? Jatuh fitnah tak takut neraka ke? Apa pun setiap ibu bapa pastinya mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak, tak gitu? -CARI |
ADVERTISEMENT