CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teruk Kena 'Face Shaming', Peserta Dewi Remaja 2022 Dikutuk Semuanya Tak Cantik!

8-8-2022 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11333| Komen: 143

Description: “Rasanya tak cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah, jauhlah sangat!”
“Rasanya tak cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah, jauhlah sangat!”

Itu antara komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen di entri peserta Dewi Remaja 2022 anjuran majalah Remaja.


Foto: FB

Salah seorang peserta Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol yang ditemui berkata, dia dan rakan-rakan yang lain sudah biasa berhadapan dengan komen-komen negatif sepanjang terlibat dalam pertandingan ini.

Malah, Tracie yang mewakili finalis lain memilih untuk terus fokus dengan pencarian Dewi Remaja 2022 hingga ke malam kemuncaknya.


Loading FB Post...

“Kalau saya, saya cuma ambil (baca) yang betul, mana yang tidak betul itu saya abaikan sahaja sebab kita tidak dapat puaskan hati semua orang, semua orang boleh berkata apa sahaja.

“Jika mereka berada di tempat kami, baru mereka tahu macam mana (usaha) kami.


Foto: FB

“Kalau boleh janganlah bagi komen-komen yang negatif sebab kalau kita bagi komen-komen sebegitu, nanti kalau ada orang yang nak join dewi untuk musim akan datang, mereka akan rasa takut.

“Mereka akan rasa tidak yakin dengan diri mereka, takut berhadapan dengan kecaman-kecaman. Sepatutnya kita sebagai masyarakat perlu saling menyokong.

“Definisi kecantikan itu bukan sekadar wajah sahaja, ia juga dari dalaman, cara berfikir serta cara kita layan orang,” katanya kepada MH.


Foto: FB

Tracie, 21, yang berasal dari Tambunan, Sabah ini sebelum ini pernah menjadi tular susulan wajahnya yang dikatakan seiras pelakon, Mira Filzah.

Mengidolakan juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya, Tracie berimpian untuk bergelar seorang pelakon dan pengacara selepas ini.


Foto: FB

“Saya ingin melebarkan lagi sayap sebagai seorang pelakon, sebelum ini saya banyak berlakon dengan penerbitan drama budaya di Sabah.

“Menerusi Dewi Remaja kali ini, saya berharap orang ramai dapat melihat potensi dalam diri saya,” ujarnya yang pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Sabah, Unduk Ngadau pada tahun lalu.

Foto: FB

Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Ia dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.

Sementara itu, finalis Dewi Remaja 1994/1995, pelakon popular, Rozita Che Wan pula berperanan sebagai juri tetap program tersebut.

Foto: FB

Pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bakat-bakat hebat selebriti tanah air seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Anna Jobling. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 8-8-2022 12:40 PM
lebih baiklah muka hauk dari perangai hauk. nama2 bekas dewi kat atas tu apaje sumbangan dorang sekarang? sumbangan terpaling rasanya memasing
Quote annadonna 8-8-2022 12:40 PM
Skrg ni org cantik semua tak hadap nak masuk competition.
Quote Acikgomen 8-8-2022 12:43 PM
uori replied at 8-8-2022 12:40 PM
lebih baiklah muka hauk dari perangai hauk. nama2 bekas dewi kat atas tu apaje sumbangan dorang seka ...

Terpaling sorga terpaling branded terpaling privacy
Quote uori 8-8-2022 12:45 PM
Acikgomen replied at 8-8-2022 12:43 PM
Terpaling sorga terpaling branded terpaling privacy

kan, terpaling puting, terpaling pamtek
Quote iluma 8-8-2022 12:50 PM
uori replied at 8-8-2022 12:45 PM
kan, terpaling puting, terpaling pamtek

terpaling laki bebird
hahhahaha
Quote prettyuglybabe 8-8-2022 12:59 PM
tapi memang tak lawa pun..
muka tua tak remaja
Quote imanjannah 8-8-2022 01:01 PM
huhu.. teringat zaman Juliana Banos
Quote Nham22 8-8-2022 01:09 PM
OMG..awat semue tak presentable mukanya masing2x... Kelu lidah nak berkata2x ni.. Ermm mungkin dh tak relevan.. Atau mungkin ni semue anak org kaya2x yg bayar untuk masukkan anak mereka dalam top list.. Hahaha...
Quote nakkomenjugak 8-8-2022 01:12 PM
Tapi serius... muka kedesaan macam iol
adakah iol patut masuk dewi?
cuma harap takde laaa adegan alkohol macam dulu
Quote epal_putih 8-8-2022 01:13 PM
Budok² tiktok lawa lagi kata netijen
Quote DayangKirana 8-8-2022 01:14 PM
kelas ko jah... ni baru #nofilter
terserlah ciri2 kedesaan..
Quote siasia 8-8-2022 01:25 PM
Ke sebenarnya mekap nya yg buruk? Sapa mekap kan ni zaman ni mn ada dah eye shadow kaler2 pelangi mcm tu.
Quote black_handbag 8-8-2022 01:26 PM
izara, anzalna tu. itu contoh melayu asli. ada la mix sikit2 here and there kata org, tapi masih muka melayu tu tebal
Quote mizzmimi 8-8-2022 01:30 PM
These are the faces of real malaysian girls la kan? Ke kacuk kokesen skandii balkan middle east mongol je yang selayaknya dikatakan cantik?

Maybe 1. Wajah ni taste juri dewi rumaja masa kini and 2. Yang betul2 cantik tak hadap nak join baik jadik influenzer lagi senang 3. Contestant over confident 4. Taknak terkait ngan jahlop, hanisya hangit dan dewi2 yang hauk perangai
Quote naina 8-8-2022 01:32 PM
Alahai..mekapnya pun buruk
Aku nak tau unit2 dorang berapa
Apasal tiba2 je semua
Adehhhh bukan dewi remaja
Tapi dewi rentua
Quote mast3rshad0w 8-8-2022 01:33 PM
tudia, dah xda awek lawa2 ke dlm Mesian ni? haha...
cer cari budak2 skolah yg jadi site add iklan...
Quote Subian 8-8-2022 01:35 PM
Yg cantik ramai ja tp tak teringin nak masuk pertandingan seumpama ni...
Quote laksmanabentan 8-8-2022 01:38 PM
Nham22 replied at 8-8-2022 01:09 PM
OMG..awat semue tak presentable mukanya masing2x... Kelu lidah nak berkata2x ni.. Ermm mungkin dh ta ...

tu ler kannn... nak komen pun speechlesss....
tapi ioolllss tabik la dengan kepercayaan diri theyoolls tu semua.....
Quote TomyamPuteh 8-8-2022 01:43 PM
Lagi jelita@Kurex.

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.062703 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top