Seorang pengantin lelaki di Rusia dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh isterinya di hadapan tetamu pada hari perkahwinan mereka.
Mirror UK melaporkan, suspek yang dikenali dengan nama Stepan Dolgikh telah bertindak memukui isterinya, Oksana Poludentseva hingga mati di hadapan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut. Suspek yang berusia 25 tahun itu kemudian membuang mayat isterinya ke dalam gaung. Menurut Ketua penyiasat Kirill Petrushin, insiden yang berlaku pada Oktober lalu berpunca apabila suspek mendapati bahawa isterinya yang berusia 35 tahun itu berlaku curang.
Dia mula menumbuk dan menendangnya di luar rumah. Dia mencengkam rambutnya, memukulnya, menolaknya keluar ke jalan, di mana dia juga terus memukul badan dan kepalanya. Menurut sumber, para tetamu yang hadir akui sangat terkejut melihat tindakan suspek namun mereka tidak berani untuk masuk campur. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya beberapa jam selepas mereka bertukar ikrar di majlis perkahwinan. Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini pernah dipenjara atas kesalahan membunuh dan selepas bebas dari penjara, suspek dan mangsa kemudian membuat keputusan untuk berkahwin. -CARI
|
chinta89 replied at 7-8-2022 04:22 AM
belah2 sana mmg suka nama Oksana ek
tetiba teringat ex-Abegong
Suchi replied at 7-8-2022 12:55 PM
Isterinya baru 35 tapi nampak berusia plak ke sbb org belah2 sana ni cepat nampak berusia.
anony-mous replied at 8-8-2022 02:46 AM
Org rusia masa teen mmg lawa habis. Masuk je 30 mmg terus jd babushka org asia bila menopos. ...
Herlina replied at 8-8-2022 08:11 AM
Heppp...silap tu. Kalau umah melayu rakam dulu...viralkan dengan caption 'apa nak jadi dengan lela ...
ADVERTISEMENT