View: 3504|Reply: 24
|
Baru Beberapa Jam Kahwin, Suami Tendang Dan Pukul Isteri Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Seorang pengantin lelaki di Rusia dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh isterinya di hadapan tetamu pada hari perkahwinan mereka.
Mirror UK melaporkan, suspek yang dikenali dengan nama Stepan Dolgikh telah bertindak memukui isterinya, Oksana Poludentseva hingga mati di hadapan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut.
Suspek yang berusia 25 tahun itu kemudian membuang mayat isterinya ke dalam gaung.
 Foto: Mirror UK
Menurut Ketua penyiasat Kirill Petrushin, insiden yang berlaku pada Oktober lalu berpunca apabila suspek mendapati bahawa isterinya yang berusia 35 tahun itu berlaku curang.
Dia mula menumbuk dan menendangnya di luar rumah. Dia mencengkam rambutnya, memukulnya, menolaknya keluar ke jalan, di mana dia juga terus memukul badan dan kepalanya.
 Foto: Mirror UK
Menurut sumber, para tetamu yang hadir akui sangat terkejut melihat tindakan suspek namun mereka tidak berani untuk masuk campur. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya beberapa jam selepas mereka bertukar ikrar di majlis perkahwinan.
Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini pernah dipenjara atas kesalahan membunuh dan selepas bebas dari penjara, suspek dan mangsa kemudian membuat keputusan untuk berkahwin. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
belah2 sana mmg suka nama Oksana ek
tetiba teringat ex-Abegong |
|
|
|
|
|
|
|
Isterinya baru 35 tapi nampak berusia plak ke sbb org belah2 sana ni cepat nampak berusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kang dah lepas 18 tahun keluar, kawin lagi bunuh lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah masalahnya. hak asasi manusia nak sangat mansuhkan hukuman mati. lagi tambah mangsa sebab setan-setan yang tak pernah insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
russia ni rasanya takda hukuman mati..bunuh org pun kena penjara jah |
|
|
|
|
|
|
|
oksana tu one of common girl name la kat rusia / ukraine belah2 sana. nama dan maksud yg herlok utk ummah russia
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
di hadapan tetamu, kejadian apakah ini |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham aku dihadapan tetamu. Tapi tetamu tak buat apa2. lepastu perenggan bawah pula tulis memukul dari luar pintu rumah sampai jalan raya.
Yang pasti jantan muka macam perempuan ni tak serik ya. Dia rasa untitled ke hapa bila.tak kena hukum mati selagi tulahhh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku..ikat dulu
seksa dlm seminggu baru bunuh
toreh2 ka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 7-8-2022 12:55 PM
Isterinya baru 35 tapi nampak berusia plak ke sbb org belah2 sana ni cepat nampak berusia.
Org rusia masa teen mmg lawa habis. Masuk je 30 mmg terus jd babushka org asia bila menopos. Yg byk kekal lawa xsilap i belah latin.
Utk x off topic, klau ummah melayu ni mesti kena kecam sekali tetamu2 yg tgk tp x menolong tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah knp aku tgk mcm pengkid kawen dgn pond. |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia nmpk mcm jantan. Suami dia tu taste@Kurex. |
|
|
|
|
|
|
|
Heppp...silap tu. Kalau umah melayu rakam dulu...viralkan dengan caption 'apa nak jadi dengan lelaki sekarang', 'jantan dayus pukul bini depan tetamu' bla bla bla
Biar netizen kutuk caci maki dulu, biar likes dapat beribu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Herlina replied at 8-8-2022 08:11 AM
Heppp...silap tu. Kalau umah melayu rakam dulu...viralkan dengan caption 'apa nak jadi dengan lela ...
Yg laki sembelih bini n ank depan rumah tu cuba pegi baca komen2. Ada beberapa bengap2 salahkan saksi x tlg. Tu pegang pisau @ parang tu org duk salahkan saksi. Yg ni lg la. Tetamu punya ramai, x guna senjata tp sorang dua pon xboleh tlg. Xkn family prempuan tu x ada skali? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingatkan oksana jutawan, sekali rupanya oksana lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|