JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua kampung kerana ibunya gagal membayar hutang, lapor laman berita Suara.com.
Hantaran tiga gambar itu dimuat naik dalam akaun Twitter @tanyakanrl. Gambar pertama menunjukkan seorang ketua kampung bergambar sambil tersenyum bersebelahan dengan gadis yang berwajah muram dan tidak bermaya. Dalam gambar kedua, beberapa wanita dipercayai saudara-mara dan keluarga gadis itu turut bergambar bersama-sama.
Seorang pengguna bernama Dewi Shinto mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan itu. Menurutnya, ibu gadis itu berhutang dengan ketua kampung tetapi tidak dapat melunaskan bayaran. “Ketua kampung kemudian mahu mengahwini anaknya supaya hutang dilangsaikan,” kata Dewi. Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Secara tidak langsung menjual anak,” kata seorang netizen. “Ternyata drama di televisyen juga berlaku di kehidupan nyata,” komen netizen lain.-CARI Sumber: Kosmo
|
krustykrab replied at 7-8-2022 04:04 AM
Patut mak tu je yg sedekah poen kt ketua kg tu..
krustykrab replied at 7-8-2022 04:04 AM
Patut mak tu je yg sedekah poen kt ketua kg tu..
spankee_fili replied at 7-8-2022 06:47 PM
Bapak mana bapak??? Tengok anak kau orang jual beli macam zaman jahiliah, nanti selangkah kaki dah m ...
dua_chzy replied at 7-8-2022 02:29 PM
Mak dah cuba kot tapi kote kampung tanak. Nak anak juga.
batmana replied at 7-8-2022 03:19 PM
kawin paksa takde dalam ajaran islam
kadi kene tanya pengantin perempuan setuju ke tak nk kawin ngn ...
jas7512 replied at 7-8-2022 08:08 PM
Org lelaki kaya ni x blh ke tlg ikhlas tanpa hrp balasan atau tagih benda bkn2 ...nanti kat sana Tuh ...
ADVERTISEMENT