OTTAWA, KANADA – Sebuah syarikat peruncit gula-gula online di Kanada menawarkan bayaran berjumlah £64,000 (RM346,080) setahun kepada sesiapa yang mahu bekerja dari rumah sambil makan makanan manis keluarannya, lapor akhbar Daily Star.
Candy Funhouse, menyiarkan iklan jawatan ‘Ketua Pegawai Gula-Gula’ dengan tugas memimpin mesyuarat lembaga gula-gula, menjadi ketua penguji rasa serta beberapa tugas yang menyeronokkan. Pekerjaan itu disiarkan di laman LinkedIn pada Julai lalu dan menerima beribu-ribu permohonan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Hejazi kepada stesen penyiaran CNN.
Huraian iklan itu mengatakan bahawa jawatan berkenaan tidak terikat dengan umur dan terbuka kepada sesiapa yang berusia lebih dari lima tahun dan tinggal di Amerika Utara. Syarikat yang berpangkalan di luar Toronto itu dikendalikan oleh empat beradik berusia 20-an hingga 30-an. -CARI Sumber: Kosmo
|
sambaldurian replied at 6-8-2022 03:41 PM
maybe guna ingredients yg halal, tgk nama pegawai exec tu mcm muslim.
mojarean_X replied at 6-8-2022 04:07 PM
iols tgk food network host Ali Khan tu selamba je mkn pork. muslim ke dia?
sambaldurian replied at 6-8-2022 05:21 PM
ahaha saja je. nk sambung ayat mls nk dh tulis td. yela mostly nama mcm muslim tp x practising dh. ...
mojarean_X: iols tgk food network host Ali Khan tu selamba je mkn pork. muslim ke dia?
ADVERTISEMENT