CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Food Delivery Blackout, 100 Rider Serah Memorandum Tuntut 6 Perkara

5-8-2022 08:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6424| Komen: 67

Hampir 100 penghantar makanan membanjiri pekarangan bangunan ibu pejabat majikan mereka di Jalan SS51/A, di Petaling Jaya hari ini, menyerahkan memorandum yang merangkumi enam tuntutan kepada wakil syarikat.


Mereka mula berkumpulan di tempat letak kereta bangunan itu jam 4.15 petang dan bilangannya bertambah 45 minit kemudian sebelum bertemu wakil syarikat.


Wakil e-hailing Grab Food, Mohd Firdaus Abdul Hamid menyerahkan memorandum tuntutan kepada wakil majikan dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.

Pertemuan tersebut membawa kepada perbincangan selama 20 minit sehingga jam 5.45 petang.


Bagi menunjukkan solidariti, para penghantar makanan itu menandatangani memorandum yang mengandungi enam tuntutan untuk diserahkan kepada seorang pegawai syarikat itu.

Enam tuntutan itu adalah menilai dan menambah semula kadar bayaran tambang mengikut jadual pengambilan dan penghantaran pesanan pelanggan, mengekalkan kadar bayaran tambang yang sama seperti kadar bayaran asas untuk pesanan berganda dan memansuhkan semula bonus dan mengembalikan point diamond.

Selain itu, mereka menuntut sistem berjadual dimansuhkan, membenarkan penunggang membatalkan pesanan tanpa mengganggu ID dan menghapuskan sistem tunai.

Sementara itu, wakil penghantar makanan, Mohamad Firdaus Abdul Hamid mendakwa majikan tidak menghargai pengorbanan mereka yang berada di atas jalan menghantar makanan.


Antara penunggang e-hailing Grab Food berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyerahkan memorandum tuntutan ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.

“Pulangan daripada majikan haruslah setimpal dengan kesungguhan dan kerajinan kami mengambil dan menghantar barang pesanan pelanggan tanpa mengira masa sehingga lewat malam saban hari tanpa mengenal erti penat dan cuaca,” katanya kepada.

Tambah beliau, mereka tidak berniat menetang majikan dan berharap pengrusan syarikat dapat memperhalusi tuntutan yang dikemukakan itu.

“Kalau ambil contoh dulu, kita ada point diamond yang lebih memanfaatkan semua rider malangnya sejak ia digantikan dengan bonus, dan inilah punca kami terpaksa mengambil risiko mengejar masa sehingga melanggar lampu isyarat semasa menghantar sesuatu pesanan kepada pelanggan.

“Malah satu lagi permintaan adalah sistem berjadual perlu dihapuskan kerana ia mengamalkan dua kasta yang mana rider sepenuh masa yang berjadual sahaja bermanfaat dan menerima pesanan banyak manakala rider sambilan yang tidak berjadual tidak mendapat pesanan yang ternyata menjejaskan pendapatan kami yang dikejar setiap hari,” ujarnya.


Antara penunggang e-hailing Grab Food berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyerahkan memorandum tuntutan ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.

Dalam pada itu, bagi mengawal keadaan, sepasukan polis dan pasukan bertindak ringan (Light Strike Force) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berada di lokasi. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 5-8-2022 08:34 PM
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2022 08:37 PM
“Malah satu lagi permintaan adalah sistem berjadual perlu dihapuskan kerana ia mengamalkan dua kasta yang mana rider sepenuh masa yang berjadual sahaja bermanfaat dan menerima pesanan banyak manakala rider sambilan yang tidak berjadual tidak mendapat pesanan yang ternyata menjejaskan pendapatan kami yang dikejar setiap hari,” ujarnya.


Kasta pariah tersenyum sinis
Quote akies 5-8-2022 08:37 PM
Cari je la keje lain bang kalau tak puas hati
Quote alesandra 5-8-2022 08:40 PM
Grab ni ada cod ke? apsal kt app grab aku takde cod?
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2022 08:41 PM
Mina2215 replied at 5-8-2022 08:34 PM
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana

Seumur hidup akak, tak pernah lagi food delivery guna cash on delivery
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2022 08:43 PM
alesandra replied at 5-8-2022 08:40 PM
Grab ni ada cod ke? apsal kt app grab aku takde cod?

Foodpanda sahaja yang ada cash on delivery, Grab wajibkan GrabPay dengan GrabFin
Quote renko 5-8-2022 08:43 PM
Hahahahaha puak babi ni sume benda dia komplen..masa eksen kutuk orang lain makan gaji xfikir lak..pastu ingatkan sejuta mai mogok..100 je ke
Quote CiliPadiSedap 5-8-2022 08:43 PM
kakikuDibibirmu: Seumur hidup akak, tak pernah lagi food delivery guna cash on delivery


friska sorang je masih guna  cash on delivery, tu pun cod sorok2 bawah ampaian rumah jiran takut isteri pertama nampak

Quote CiliPadiSedap 5-8-2022 08:44 PM
fnb industry kt malaysia lemau dah kekurangan staf, pergilah kerja Fnb. majoriti anak muda tiktok youtube food delivery.

Quote alesandra 5-8-2022 08:47 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-8-2022 08:43 PM
Foodpanda sahaja yang ada cash on delivery, Grab wajibkan GrabPay dengan GrabFin

Abih tu mcm maner tuntutan ni ada cash pulak?ini tuntutan rider grabfood pada syarikat diorg ye..bukan semua rider
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2022 08:47 PM
renko replied at 5-8-2022 08:43 PM
Hahahahaha puak babi ni sume benda dia komplen..masa eksen kutuk orang lain makan gaji xfikir lak..p ...

Sekali di sini petik, 100 yang datang tawwwwww
Quote alesandra 5-8-2022 08:54 PM
Ni salah satu bukan budaya kita. nak lawan pun kabur. lemah.srilanka konon
Quote CiliPadiSedap 5-8-2022 09:12 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-8-2022 08:37 PM
Kasta pariah tersenyum sinis{:mlwa: ...

mana2 polisi company mestilah jaga fulltime workers berbanding part time workers
Quote _blackbird 5-8-2022 09:31 PM
Grab ada la cod. Tapi kalau pilih cod tak boleh guna discount voucher vip subscriber
Quote hyie 5-8-2022 09:33 PM
Mina2215 replied at 5-8-2022 08:34 PM
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana

meols rasa lebih kepada pembeli yang pilih kaedah bayaran tunai kerap batalkan tempahan last minute. Rider dah sampai depan rumah tetiba diorang cancel kata tak jadi. Iols rasalah.
Quote Thunderclouds 5-8-2022 10:49 PM
Menda buang masa. Rider nk kerja ikut convenient & tembolok sendri meanwhile grab guna pakai policy take it or leave it. 1 pergi 10 mari oi. Hgpa mogok dapoq xberasap la. Pilihan hgpa keja gituuhhh..keja tetap xmau. Haihh
Quote orangbiasaje 5-8-2022 10:54 PM
alesandra: Grab ni ada cod ke? apsal kt a ...



Ada. Waktu buat order, tekan payment method, pilih Cash.
Quote Atata 5-8-2022 10:57 PM
Mina2215 replied at 5-8-2022 08:34 PM
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana

Dah hnatar makanan, org tu tanak bayooo
Quote orangbiasaje 5-8-2022 10:58 PM
CiliPadiSedap replied at 5-8-2022 09:12 PM
mana2 polisi company mestilah jaga fulltime workers berbanding part time workers

Ini pun satu. Mereka full-time, maksudnya mereka fokus 100% pada kerja ini (livelihood), berbanding gig yang buat secara sambilan. Memanglah antara orang yang bagi 50% dgn 100%, kita utamakan yang 100%.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.091199 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top