View: 5358|Reply: 65
|
Food Delivery Blackout, 100 Rider Serah Memorandum Tuntut 6 Perkara
[Copy link]
|
|
Hampir 100 penghantar makanan membanjiri pekarangan bangunan ibu pejabat majikan mereka di Jalan SS51/A, di Petaling Jaya hari ini, menyerahkan memorandum yang merangkumi enam tuntutan kepada wakil syarikat.
Mereka mula berkumpulan di tempat letak kereta bangunan itu jam 4.15 petang dan bilangannya bertambah 45 minit kemudian sebelum bertemu wakil syarikat.
 Wakil e-hailing Grab Food, Mohd Firdaus Abdul Hamid menyerahkan memorandum tuntutan kepada wakil majikan dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.
Pertemuan tersebut membawa kepada perbincangan selama 20 minit sehingga jam 5.45 petang.
Bagi menunjukkan solidariti, para penghantar makanan itu menandatangani memorandum yang mengandungi enam tuntutan untuk diserahkan kepada seorang pegawai syarikat itu.
Enam tuntutan itu adalah menilai dan menambah semula kadar bayaran tambang mengikut jadual pengambilan dan penghantaran pesanan pelanggan, mengekalkan kadar bayaran tambang yang sama seperti kadar bayaran asas untuk pesanan berganda dan memansuhkan semula bonus dan mengembalikan point diamond.
Selain itu, mereka menuntut sistem berjadual dimansuhkan, membenarkan penunggang membatalkan pesanan tanpa mengganggu ID dan menghapuskan sistem tunai.
Sementara itu, wakil penghantar makanan, Mohamad Firdaus Abdul Hamid mendakwa majikan tidak menghargai pengorbanan mereka yang berada di atas jalan menghantar makanan.
 Antara penunggang e-hailing Grab Food berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyerahkan memorandum tuntutan ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.
“Pulangan daripada majikan haruslah setimpal dengan kesungguhan dan kerajinan kami mengambil dan menghantar barang pesanan pelanggan tanpa mengira masa sehingga lewat malam saban hari tanpa mengenal erti penat dan cuaca,” katanya kepada.
Tambah beliau, mereka tidak berniat menetang majikan dan berharap pengrusan syarikat dapat memperhalusi tuntutan yang dikemukakan itu.
“Kalau ambil contoh dulu, kita ada point diamond yang lebih memanfaatkan semua rider malangnya sejak ia digantikan dengan bonus, dan inilah punca kami terpaksa mengambil risiko mengejar masa sehingga melanggar lampu isyarat semasa menghantar sesuatu pesanan kepada pelanggan.
“Malah satu lagi permintaan adalah sistem berjadual perlu dihapuskan kerana ia mengamalkan dua kasta yang mana rider sepenuh masa yang berjadual sahaja bermanfaat dan menerima pesanan banyak manakala rider sambilan yang tidak berjadual tidak mendapat pesanan yang ternyata menjejaskan pendapatan kami yang dikejar setiap hari,” ujarnya.
 Antara penunggang e-hailing Grab Food berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyerahkan memorandum tuntutan ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.
Dalam pada itu, bagi mengawal keadaan, sepasukan polis dan pasukan bertindak ringan (Light Strike Force) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berada di lokasi.
Sumber: MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana |
|
|
|
|
|
|
|
Cari je la keje lain bang kalau tak puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Grab ni ada cod ke? apsal kt app grab aku takde cod? |
|
|
|
|
|
|
|
Mina2215 replied at 5-8-2022 08:34 PM
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana
Seumur hidup akak, tak pernah lagi food delivery guna cash on delivery |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 5-8-2022 08:40 PM
Grab ni ada cod ke? apsal kt app grab aku takde cod?
Foodpanda sahaja yang ada cash on delivery, Grab wajibkan GrabPay dengan GrabFin |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha puak babi ni sume benda dia komplen..masa eksen kutuk orang lain makan gaji xfikir lak..pastu ingatkan sejuta mai mogok..100 je ke |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu: Seumur hidup akak, tak pernah lagi food delivery guna cash on delivery
friska sorang je masih guna cash on delivery, tu pun cod sorok2 bawah ampaian rumah jiran takut isteri pertama nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
fnb industry kt malaysia lemau dah kekurangan staf, pergilah kerja Fnb. majoriti anak muda tiktok youtube food delivery.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 5-8-2022 08:43 PM
Foodpanda sahaja yang ada cash on delivery, Grab wajibkan GrabPay dengan GrabFin
Abih tu mcm maner tuntutan ni ada cash pulak?ini tuntutan rider grabfood pada syarikat diorg ye..bukan semua rider |
|
|
|
|
|
|
|
Ni salah satu bukan budaya kita. nak lawan pun kabur. lemah.srilanka konon |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 polisi company mestilah jaga fulltime workers berbanding part time workers
|
|
|
|
|
|
|
|
Grab ada la cod. Tapi kalau pilih cod tak boleh guna discount voucher vip subscriber |
|
|
|
|
|
|
|
meols rasa lebih kepada pembeli yang pilih kaedah bayaran tunai kerap batalkan tempahan last minute. Rider dah sampai depan rumah tetiba diorang cancel kata tak jadi. Iols rasalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menda buang masa. Rider nk kerja ikut convenient & tembolok sendri meanwhile grab guna pakai policy take it or leave it. 1 pergi 10 mari oi. Hgpa mogok dapoq xberasap la. Pilihan hgpa keja gituuhhh..keja tetap xmau. Haihh |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra: Grab ni ada cod ke? apsal kt a ...
Ada. Waktu buat order, tekan payment method, pilih Cash. |
|
|
|
|
|
|
|
Mina2215 replied at 5-8-2022 08:34 PM
Boleh tolong jelaskan why rider nak hapuskan sistem tunai? Sebab handle cash tu renyah ke cmana
Dah hnatar makanan, org tu tanak bayooo |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 5-8-2022 09:12 PM
mana2 polisi company mestilah jaga fulltime workers berbanding part time workers
Ini pun satu. Mereka full-time, maksudnya mereka fokus 100% pada kerja ini (livelihood), berbanding gig yang buat secara sambilan. Memanglah antara orang yang bagi 50% dgn 100%, kita utamakan yang 100%. |
|
|
|
|
|
|
| |
|