Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil terpanggil untuk mencatat tentang pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang penubuhan Gerakan Tanah Air.
Kata Isham dalam catatannya di Facebook, Tun Mahathir lupa selama ini dialah yang memecahkan perpaduan orang-orang Melayu di Malaysia. Dakwanya, mantan Perdana Menteri ingin menubuhkan gagasan parti Melayu untuk memecahkan lagi undi Melayu selepas tidak berpuas hati kalah pilihan raya di Johor. Tindakan Mahathir ini menguntungkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sahaja, katanya. Tambahnya, Tun Mahathir dan kroni serta taikun tidak kisah akan kesusahan rakyat atau orang Melayu. "Sebab itu dulu semasa dia (Mahathir) berkuasa dia kata jangan iri hati kepada orang kaya dan bila rakyat susah dia suruh rakyat ikat perut dan jangan harap bantuan kerajaan," kata Isham. Pada hemat Isham, siapa yang mengundi Tun Mahathir dan gagasan parti baru dia ini akan mengundi kroni, taikun dan sanggup mengikat perut apabila susah untuk menjaga orang kaya. Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT