CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepanyol Larang Suhu Pendingin Hawa Di Bawah 27 Darjah Celsius

5-8-2022 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1370| Komen: 0

Description: Pihak berkuasa Sepanyol memutuskan untuk melaksanakan satu langkah penjimatan tenaga baharu dengan mengehadkan suhu pemanas dan pendingin hawa di bangunan awam dan komersial, lapor laman berita Wion N ...
Pihak berkuasa Sepanyol memutuskan untuk melaksanakan satu langkah penjimatan tenaga baharu dengan mengehadkan suhu pemanas dan pendingin hawa di bangunan awam dan komersial, lapor laman berita Wion News, kelmarin.


Pemanas di tempat awam tidak boleh ditetapkan melebihi suhu 19 darjah Celsius manakala pendingin hawa tidak kurang daripada 27 darjah Celsius. 

Arahan tersebut akan dilaksanakan dalam masa seminggu di beberapa tempat termasuk bangunan awam, pusat beli-belah, pawagam, teater, stesen kereta api dan lapangan terbang.


The Guardian

Pencerobohan Russia yang berterusan ke atas Ukraine telah menyebabkan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) ingin mengurangkan pergantungan kepada eksport minyak Russia dan keputusan ini memainkan peranan yang besar.


Sepanyol bersetuju mengurangkan tujuh hingga lapan peratus penggunaan gas yang menjadi punca disebalik langkah terbaharu ini.

“Ini salah satu daripada beberapa siri langkah untuk menjimatkan tenaga dan menggunakannya dengan lebih cekap dan mendesak untuk mengurangkan penggunaan tenaga secara umum dan mengurangkan pergantungan kita kepada tenaga di luar ekonomi Sepanyol,” jelas dekri itu.

Walaupun langkah berkenaan akan berkuat kuasa sehingga November 2023, kerajaan Sepanyol ingin menjadikan perkara itu sebagai amalan biasa. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.615875 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top