CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kompromi! Dua Anggota Bomba Bermasalah Sudah Dibuang Kerja, Tujuh Lagi Tunggu Nasib Sama

8-8-2022 11:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2077| Komen: 13|Original author: Tatod

Mohammad Hamdan (Kiri) bersama Md Haliman. Sumber: Harian Metro


Harian Metro melaporkan dua daripada sembilan anggota bomba yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah, tidak hadir tugas dan penipuan dokumen kerajaan sudah dibuang kerja manakala tujuh lagu sedang dalam proses untuk diambil tindakan sama.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelanat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu, Md Haliman Abd Rashid berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan masalah disiplin yang berlaku ke atas pegawai dan anggotanya.

Menurut Md Haliman, satu daripada tujuh anggota yang bermasalah digantung tugas manakala kertas siasatan masih dijalankan dengan teliti bagi proses membuang bagi tujuh lagi kakitangan yang melanggar disiplin pasukan.

Gambar Hiasan. SUMBER FB

"Kebanyakan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan tidak hadir tugas manakala yang menipu dokumen kerajaan iaitu cuti sakit berlaku dalam kalangan anggota kami.

"Kesemua kes ini disiasat sejak tahun lalu dengan melalui prosedur yang ketat kerana untuk membuang seseorang kakitangan kerajaan awam bukannya mudah kerana perlu melalui proses yang lengkap," katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 Tahun 2021 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Terengganu.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 8-8-2022 11:53 AM
Hm elok la tu
Quote Artemesiaa 8-8-2022 11:57 AM
Kakitangan kerajaan awam masih boleh dibuang kerja bukan setakat kena transfer sana sini je rupanya
Quote rastaf 8-8-2022 01:23 PM
Artemesiaa: Kakitangan kerajaan awam masih boleh dibuang kerja bukan setakat kena transfer sana sini je rupanya


ke kerajaan dah tak dak duit? dulu rasanya tataterib je kan..gantung tugas..
yg dapat kerja gomen tu kerja la elok2..beribu2 orang mohon tak dapat..ko dapat jangan lah sia2 kan
pencen hilang..apo pun tarak
Quote ally9970 8-8-2022 01:51 PM
Kenapa kalau polis, kena tukar balai, tukar jabatan, tukar negeri jer?
Quote sukacactus 8-8-2022 02:30 PM
ally9970 replied at 8-8-2022 01:51 PM
Kenapa kalau polis, kena tukar balai, tukar jabatan, tukar negeri jer?

Ha baru nak tya benda sama
Jiran baru aku, buangan dr balai melaka kes gang nicky, alih2 bertukar ke balai blah utara ni, siap naik pangkat lg
Quote dua_chzy 8-8-2022 02:47 PM
Edited by dua_chzy at 8-8-2022 06:49 AM
ally9970 replied at 8-8-2022 05:51 AM
Kenapa kalau polis, kena tukar balai, tukar jabatan, tukar negeri jer?


Lain organisasi, lain orang yang mengurus.

Dapat ketua strict, takda kompromi. Dapat ketua tinggi empati fikir anak bini hapa nak makan kalau polis tu dibuang kerja, ah, dikasik tukar la instead of buang kerja...

Quote libra_gurlz 8-8-2022 02:53 PM
sebenarnya dalam gomen tak kira ler jabatan or kementerian apa sekalipun,  kalau sangkut kes dadah mmg hukuman buang kerja. Bukan takat hukuman tatatertib.. kalau setakat kes rasuah, gaduh, pukul, salah guna kuasa barulah hukuman tatatertib atau di tukarkan.
Quote Decaffeinated 8-8-2022 03:14 PM
Baguslah jaga reputasi kerjaya Bomba ni sementara orang tengah respek.
Quote DyBBora2 8-8-2022 03:22 PM
Mak sedara i salah sorang jwtnkuasa tatatertib tapi dah pencen dah skrg. Penah bagitau kes tipu dokumen mmg kena buang keje termasuk lah tipu MC sbb melibatkan integriti penjawat awam. Kes dadah obviously laaaa..

Kes2 tukar dept ni biasanya pasal skandal sesama staf or salahguna kuasa. Tapi boleh jugak diturun pangkat.. cuma proses gomen ni lambat makan masa pjg. Tu yg hujung2 tu berhenti secara sukarela je, nak elak x dpt duit pencen...maka selamat lah periuk nasi sendiri
Quote jari10 8-8-2022 03:27 PM
Edited by jari10 at 8-8-2022 03:34 PM
Artemesiaa replied at 8-8-2022 11:57 AM
Kakitangan kerajaan awam masih boleh dibuang kerja bukan setakat kena transfer sana sini je rupanya


Tindakan tatatertib disekat kenaikan tangga gaji tahunan pun ada.. ada sorang yg aku kenal pernah kena sbb kes tak hadir keje. Sorang lagi sebab palsukn sijil cuti sakit. Turun gred jawatan pun ada. Antara kes yg aku sebut ni, salah sorangnya kena buang keje akhirnya.

Part kena tukar sana sini ..kawan aku ramai yg  transfer antara negeri termasuk sabah swak.. TAPI bukan sebab isu tatatertib ya..sebaliknya sebab pemangkuan utk kenaikan pangkat haha
Quote bulalof 8-8-2022 03:50 PM
ada beberapa agensi keraaan yg terang2 memang byk salah laku, namun tindakan tatatertib bagaikan menguap sahaja.......
Quote chandrahusin 8-8-2022 03:58 PM
Selalu dgr psl polis yg terlibat dgn dadah
Tp msh elok berada dlm perkhidmatan
Itu yg sudahnya slh 1 sbb anak bangsa tak bebas2 dadah
Quote Hizert 9-8-2022 12:23 PM
Kalau rasa2 diri tak berapa perform masa awal keje jangan la dok sign pencen. Hilang troih wehh. Amikk KWSP jah.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.108384 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top