CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendapatan Bawah RM3,000 Boleh Dapatkan Khidmat Peguam Syarie Percuma

5-8-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1200| Komen: 1

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyediakan khidmat bantuan guaman syarie secara percuma kepada mereka yang berpendapatan kasar bawah RM3,000 di negeri ini.


Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, langkah mengubah syarat kelayakan berbanding RM1,500 sebelum ini bertujuan membantu umat Islam kurang berkemampuan terutama B40.


Gambar hiasan/Utusan

Katanya, perkhidmatan tersebut adalah bagi semua kes di Mahkamah Syariah di Selangor.

“Menerusi bantuan guaman secara percuma itu, MAIS berharap dapat membantu penyelesaian kes di mahkamah syariah.


“Penyelesaian kes kekeluargaan turut selaras dengan peranan kita bagi menyantuni golongan memerlukan dan meningkatkan kesejahteraan sosial umat Islam,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Jelas Ahmad Shahir, kes yang diwakili anataranya permohonan cerai biasa, cerai fasakh, cerai ta’liq, pengesahan lafaz cerai dan rujuk, poligami, nusyuz, wali hakim, faraq nikah, pengesahan nikah dan sah taraf anak.

“Ia turut melibatkan tuntutan nafkah anak, tuntutan tunggakan dan tuntutan ubah perintah nafkah anak” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya berharap orang ramai memanfaatkan peluang yang disediakan itu dalam membantu menyelesaikan urusan berkaitan.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh didapati menerusi laman sesawang www.mais.gov.my/bantuan-guaman-syarie-kategori-umum/ atau datang terus ke Kaunter Bahagian Undang-Undang Syariah di Bangunan Sultan Idris Shah atau menghubungi talian 03-5514 3643. 


Sumber: KOSMO!ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 6-8-2022 04:13 PM
Perak bila lagi?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.163452 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top