Hanya setahun diberikan kepercayaan mengendalikan program hiburan popular, Melodi, pelakon dan pengacara Nabila Huda, 37, tidak sedikitpun terkilan atau marah apabila tempatnya diganti rakan baiknya, Ain Edruce.
Malah, anak kepada rockers terkenal, Amy Search itu menerima perubahan secara terbuka, selain menyifatkan pengalaman mengendalikan program hiburan nombor satu itu sebagai kenangan indah dalam perjalanan seninya. "Saya okay sahaja apabila mengetahui Ain menggantikan tempat saya sebagai hos Melodi. Saya tiada masalah, Ain sememangnya pengacara profesional.
"Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi. Jadi, saya tiada rasa apa-apa pun sama ada cemburu, sakit hati atau tidak berpuas hati. "Selepas habis kontrak, stesen televisyen memberitahu perancangan baharu, Ain akan menggantikan saya. Ain juga ada menghubungi saya bertanya bagaimana mahu mengendalikan Melodi dengan baik. "Saya juga sudah terbiasa dengan lakonan, habis sahaja penggambaran, kita akan melangkah bersama pasukan baharu. Jadi, saya tidak menyimpan perasaan negatif," katanya kepada BH Online. Nabila juga menegaskan, dia tidak mempunyai masalah dengan pasukan Melodi, stesen TV3 mahupun Media Prima Berhad (MPB). "Semua majikan di MPB juga tidak mempunyai masalah dengan saya. Apabila diberikan tugasan, saya akan melakukan 100 peratus komitmen, tanpa merungut mengenai apa-apa pun," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan, Frutti Tutti, baru-baru ini. Nabila berkata, program Melodi banyak mengajarnya perkara baharu mengenai bidang pengacaraan yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Malah, katanya, program hiburan yang dikendalikan itulah berjaya mengatasi ketakutannya ketika berdepan khalayak mahupun bercakap di hadapan kamera. "Apabila bergelar pelakon, orang anggap kita senang berhadapan dengan kamera, tetapi sebenarnya tidak, susah. Tanyalah rakan pelakon lain, mereka turut dihantui perasaan gugup. "Mungkin lakonan sudah jadi kepakaran dan datang semula jadi, tetapi bergelar pengacara, ia amat berbeza. "Saya memang fikir banyak kali untuk terima tawaran. Tetapi, tidak salah untuk keluar dari zon selesa. Dan demi Melodi, saya keluar dari zon selesa saya. "Saya berusaha mengacarakan atas talian dan dari rumah berikutan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia jadi pengalaman saya dan pasukan Melodi yang tak pernah dilalui sebelum ini. "Jadi, kami belajar bersama-sama. Program Melodi adalah salah satu kenangan terindah dan sudah tertulis dalam perjalanan kerjaya saya. Kalau ada tawaran lain, saya tiada masalah, tetapi kena melihat jadual kerja saya," katanya. Terdahulu, Nabila mengumumkan pengunduran sebagai hos Melodi selepas setahun mengendalikan program popular itu pada 26 Jun lalu. Sumber: BH Online
|
lucky_peace replied at 4-8-2022 07:00 PM
Wujud lagi rupanya tutti frutti tu..
ADVERTISEMENT