CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Roslan Aziz Dah Bebas Kanser Limfoma

4-8-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5292| Komen: 33

Penerbit album, komposer dan jurutera muzik terkenal, Roslan Aziz, 60, kini disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak Disember, tahun lalu.


Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh isterinya, Sopphilea Hamid, 40, ketika dihubungi Harian Metro untuk mendapatkan kepastian yang sahih selepas disiarkan sebuah portal berita.

Foto: Harian Metro

"Syukur Alhamdulillah, suami saya sekarang dalam keadaan sihat. Menerusi keputusan ujian Pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) dibuat, pada masa ini nampak gayanya seperti dah 'clear'. Kemoterapi dapat bunuh semua sel-sel kanser itu.

"Tapi, suami saya mesti teruskan rawatan iaitu menjalani sesi radioterapi pula. Ia bagi memastikan sel-sel kanser berkenaan betul-betul berjaya dihapuskan. Kalau kemoterapi, suami saya perlu menjalani enam sesi pusingan rawatan, namun bagi radioterapi ini belum dipastikan lagi.

"Ditambah, Hospital Ampang (HA) tidak membuat sesi radioterapi dan kes suami saya sudah dirujuk kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Insya Allah, minggu depan baharu kami akan berjumpa pakar onkologi di sana," katanya.

Sopphilea berkata, dia sangat bangga dengan semangat juang yang tinggi dalam diri suaminya untuk melawan kanser berkenaan. Jelasnya, kini dia sangat menjaga kesihatan Roslan terutama dari aspek pemakanan harian.


Foto: Malay Mail


"Saya anggap ini 'peluang kedua' yang Allah SWT berikan kepada kami. Jadi, saya tak boleh sia-siakan dan perlu menjaga suami sebaik yang mungkin. Oleh itu, dalam tempoh sekarang saya sangat menjaga rutin pemakanan hariannya.

"Suami lebih difokuskan kepada pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan saja. Saya memang elak ambil daging dan ayam buat masa ini. Malah, saya mempelbagaikan masakan harian bagi sayur-sayuran," katanya.

Menurut Sopphilea, inilah masanya juga dia berbakti menunjukkan keikhlasan cinta terhadap Roslan.

Katanya lagi, dia sekeluarga kini begitu menghargai setiap 'moment' mereka bersama.

"Tak dinafikan, memang ajal maut itu ketentuan Allah. Namun, selagi ada peluang untuk berubat, saya rasa tidak ada salahnya untuk kita mencuba dan berusaha. Alhamdulillah, suami saya sangat positif dan dia sendiri kuat untuk bangkit melawan kanser dihidapi itu," katanya.

Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor juga menjangkakan tempoh hayatnya cuma mampu bertahan sehingga enam bulan saja, iaitu Jun lalu, berikutan kanser limfoma dihidapinya sudah memasuki tahap empat.

Terdahulu, melalui hasil perkongsian hidup Roslan dan Sopphilea selama 20 tahun, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.

Roslan yang juga bekas suami penyanyi Datuk Sheila Majid turut mempunyai dua cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid Aziz, hasil perkahwinan lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 4-8-2022 12:07 PM
Peluang kedua tu.. Perbaikilah kehidupan..
Quote hareeeesah 4-8-2022 12:31 PM
Bini ni yg dia buat hal dgn SM dulu ke bini lain?
Quote nsmy 4-8-2022 12:54 PM
alhamdulillah...
Quote reporter_kalut 4-8-2022 01:01 PM
hareeeesah replied at 4-8-2022 12:31 PM
Bini ni yg dia buat hal dgn SM dulu ke bini lain?

Yg lain seingat aku
Quote Kancilkering 4-8-2022 01:04 PM
alhamdulilah…
Quote lee_sakura 4-8-2022 01:33 PM
alhamdulillah
Quote black_handbag 4-8-2022 01:49 PM
dah 60 dah umur dia. oklah tu amikla peluang kedua ni solat taubat, buat amal kebajikan banyak2. haritu tak silap dia bgtau jangka hayat dia 5-6 bulan je lagi kan
Quote newyork 4-8-2022 01:55 PM
Alhamdulillah. Last chance ni. Ada jugak chance nya..
Quote Lavender_Violet 4-8-2022 02:01 PM
Alhamdulillah...
Aku x kira siapa..asal aku dengar orang tu bebas cancer, I am so happy for him /her
Moga RA punya cancer tak relapse...Aamiin
Quote Incanto 4-8-2022 02:13 PM
Alhamdulillah

Kira very lucky lah…umur dia dah 60 boleh sembuh
Quote reporter_kalut 4-8-2022 04:56 PM
Bwk2 ler insap dgn kealpaan lepas.. Allah bg ko peluang tu bradah..
Quote alesandra 4-8-2022 05:05 PM
Edited by alesandra at 4-8-2022 05:06 PM

Alhamdullillah ..apa beza kimo dgn radiotherapy?
Quote guesswho09 4-8-2022 05:34 PM
Sama mcm kanser yg dihidapi
penyanyi yg masuk gv kan
lupa nama dia… aliana ke sapa?
Quote sleepandream 4-8-2022 06:04 PM
alhamdulillah....
Quote mrsbale 4-8-2022 06:05 PM
alhamdulillah..
Quote menjad 4-8-2022 06:15 PM
Alhamdulillah.
Quote fazila17 4-8-2022 06:48 PM
Alhamdulillah..
Quote Nizleen86 4-8-2022 11:36 PM
Berapa kali dia ni kawin? Yg kakak KJ tu wife yg keberapa?
Quote annadonna 5-8-2022 01:25 AM
Kanser ni memang ubat dia ialah positivity. Makan sayur banyak ubah gaya hidup dan elakkan gula. Selebihnya serahkan pada Allah.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041801 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top