Baru-baru ini Elyana ada berkongsi keadaannya yang tengah sakit namun ada pula yang menuduh diriya sengaja mencari perhatian.
Bengang dengan tuduhan tersebut, Elyana jawab, "Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit. Sebab tiada guna pun. "Aku buat keputusan salah. Terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen fasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula," tulisnya dalam satu perkongsian di Instagram Story. Sebelum ini, Elyana ada kongsi dia tertidur selama 15 jam sebab demam, selain hilang selera makan. Sementara itu ada juga yang kutuk Elyana tentang isu aurat. Tak menutup dengan sempurna katanya walaupun dah diberi peluang kedua oleh Allah. Tak berdiam diri, Elyana balas balik. "Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak Kak? "Mungkkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak. "Ketika masa awak sakit, keluarga dan kawan sakit, terus datang pada saya untuk bertanya tanpa rasa bersalah. Apa jenis manusiakah anda?" Apa pendapat anda? -CARI
|
Racurve replied at 4-8-2022 12:12 PM
kak dib dulu pon bergasak gak dengan nurtizen tapi tang sakit takde nak canang pon yachh. dengan fam ...
ADVERTISEMENT