CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 3 Kali Geledah Rumah, Polis Masih Belum Jumpa Petunjuk Baru Kehilangan Zalina

4-8-2022 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2427| Komen: 14

Description: Rumah bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 57, di Seksyen 3 Shah Alam digeledah buat kali ketiga dengan terbaharu pada minggu lalu.Pengeledahan sebelum ini dilakukan pada November tahun lalu d ...
Rumah bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 57, di Seksyen 3 Shah Alam digeledah buat kali ketiga dengan terbaharu pada minggu lalu.

Pengeledahan sebelum ini dilakukan pada November tahun lalu dan awal Julai lalu.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pemeriksaan rumah wanita itu dilakukan bersama Unit Anjing Pengesan (K9) dan Bahagian D10 (Forensik) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Tiga kali pemeriksaan dibuat di rumah Orang Hilang ( Zalina) dengan pemeriksaan terkini pada 28 Julai lalu.


“Bagaimanapun tiada petunjuk dan penemuan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kehilangan Zalina sejak sembilan bulan lalu terus menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

Zalina dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu.

Polis sebelum ini menyatakan Zalina dipercayai masih berada di negara ini susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 4-8-2022 09:10 AM
Misteri sungguh khuenz... meollss terbayang citer Breaking Bad depa hapuskan mayat Emilio kat bathtub... ishhh ngerinyer
Moga ketemu Zalina dengan selamat. AAmin
Quote minahmanja 4-8-2022 09:17 AM
ehh tak paham la.. kata ari tu dh jumpa... siap netizen tu ckp check kat balai polis mana tah... , komen ade kat fb paknil.. fenin la kes dia ni...
Quote guesswho09 4-8-2022 09:21 AM
minahmanja replied at 4-8-2022 09:17 AM
ehh tak paham la.. kata ari tu dh jumpa... siap netizen tu ckp check kat balai polis mana tah... , k ...

Kalau dah jumpa mesti dah masuk tv3 dah
setakat komen2 netizen jah pun
jgn dok percaya sgt dik
Quote minahmanja 4-8-2022 09:26 AM
guesswho09 replied at 4-8-2022 09:21 AM
Kalau dah jumpa mesti dah masuk tv3 dah
setakat komen2 netizen jah pun
jgn dok percaya sgt dik:lol ...

biasa mmg tk caya sgt kak.. tp bdk tu kemain konfiden siap sebut nama balai lg.. so aku pun terpercaya la .. hahahhaa.. katanya famili mintak rahsia kan..  mmg sumting betul la famili dia ni..
Quote stingergrumpy 4-8-2022 09:28 AM
Kapalterbang sebesar besar 'makhluk' tak boleh jumpa sehingga kini...ini khen pulak makhluk kerdil lagi halus macam kita....
Quote cikatilia 4-8-2022 09:36 AM
rumah dia lawa nya... boleh buat garden semua jadi fancy... letak lampu semua.
Quote eetodee 4-8-2022 09:56 AM
Lama sangat dah ni. Harap2 tak dijumpai sebagai mayat lah.
Quote babelina 4-8-2022 10:29 AM
kelmarin tgk majalah 3..kehilangan lelaki selama 10bln tu.. last2 jmp kt sungai.. kete terbabas.. Allah.. sedih btl..
moga Zalina di temui la.. apa pn cara penemuan tu.. xpela asal ada closure bg family dia.. kita pn nk taw apa yg terjadi..
Quote Mulotkoyak 4-8-2022 02:19 PM
cikatilia: rumah dia lawa nya... boleh bu ...
sesuai dijadikan panti asuhan... Gitchuuu
Quote Artemesiaa 4-8-2022 03:00 PM
Lama lagi ler nak terungkai kemana mengahilangnya
Quote me12345 4-8-2022 03:58 PM
Tak lama lg...senyap gitu je kes ni
Quote supernaturalee 4-8-2022 04:55 PM
lorr yg thread 1 lg yg kata dh jumpa tp xblh reveal details sbb relate dgn sorg dato seri tu pecer

Quote Belibis 4-8-2022 05:19 PM
Kevin morais ..dalam tong bersimen boleh jumpa..arwah sosilawati...dah jadi abu masuk laut boleh jumpa...ini betul2 misteri nusantara.
Quote fortiori13 4-8-2022 06:57 PM
me12345: Tak lama lg...senyap gitu je k ...


Tu la, ada harapan senyap gitu je if x de petunjuk baru....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051450 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top