CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiket Cecah RM1,122 Sampai 10,000 Pelancong Batal Lawatan Ke Taman Komodo

4-8-2022 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3203| Komen: 21

10,000 pelancong membatalkan lawatan ke Taman Nasional Komodo susulan kenaikan harga tiket sebanyak 3.75 juta rupiah (RM1,122).

Lapor Tribunnews, jumlah kedatangan pelancong ke Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur (NTT) sudah dijadualkan sehingga tiga bulan akan datang.


Foto: Merdeka.com

Data tersebut disampaikan oleh Ketua Himpunan Pelancong Indonesia, bagi wilayah NTT, Agus Bataona.

Jelasnya, pembatalan lawatan sepatutnya menjadi pertimbangan serius dari pihak kerajaan agar mengkaji semula kenaikan harga tiket.

Bahkan katanya, tindakan tersebut hanya menyebabkan ketegangan sosial sehingga berlaku tunjuk perasaan dan mogok kerja.

“Kemuncak tunjuk perasaan berlaku sejak Isnin lalu iaitu mogok sambil melakukan kegiatan memungut sampah.

“Sejak awal saya sudah meminta pihak kerajaan berdialog dan berbahas kenaikan tiket bersama seluruh pengurus pelancong. Namun, permohonan itu tidak pernah dihargai apatah lagi diterima,” katanya.

Menurut Agus, mengurus sesebuah destinasi pelancongan yang mempunyai tarikan semula jadi dan budayanya perlu konkrit demi meningkatkan kebajikan masyarakat setempat, mengekalkan kelestarian dan dilaksanakan secara harmoni.

Bagaimanapun, beliau menilai senario yang dijalankan oleh kerajaan wilayah NTT akan memonopoli perniagaan dan penyamaran dalam aspek pemuliharaan.

Impaknya, jelas Agus, akan berlaku rampasan hak daripada pengurus pelancongan yang sah.

Oleh itu, beliau berharap wakil rakyat sama ada di peringkat pusat dan wilayah bertemu menteri berkaitan dan Gabenor NTT membincangkan masalah itu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 4-8-2022 08:23 AM
Cantik betul NTT ni, one of my wishlist
Quote KamikuP 4-8-2022 09:12 AM
Kat sini pun byk 'bewak' hidup takyah nak bayar kalau nak tengok
Quote mojarean_X 4-8-2022 09:16 AM
Baguslah batalkan. Biawak komodo tu pun x ingin nk hadap korang ramai2
Quote ren0_0 4-8-2022 09:22 AM
cantik tempat ni. tapi bayar mahal bukannya boleh usik komodo pun. tengok pun dari jauh je. pulau dia sememangnya cantik. di samping aktiviti tengok komodo di habitat asal, korang leh juga buat aktiviti trekking. kalau korang muka melayu totok pergi pulak liburan sorang diri..try la menyamar jadi lokal. untung untung dapat tarif lokal je.
Quote black_handbag 4-8-2022 09:33 AM
mahalnya tiket nak tgk komodo. kemain sembelih ni
Quote kepompong 4-8-2022 10:03 AM
i pernah berkenalan dgn pegawai kerajaan yg kerja kat Flores, masa tu i tinggal 1 hotel dgn dia, rambut dia kerinting halus , badan tinggi besar, kulit gelap2 sebijik macam org afrika. Masa kat luar pakai tudung nampak biasa, sbb muka pun pakai bedak tak perasan sgt yg dia gelap… ye la biasa org kita kan muka je gelap, bila bukak tudung, leher, lengan putih cerah je… ni dia leher lengan mmg gelap lah… Dia kata kat Flores tu brg mmg mahal giler. contoh nasi ayam geprek (sama macam ayam penyet) sebungkus kat jogjakarta boleh dapat harga 10ribu, tapi kat flores   50ribu.. nasi ayam penyet gerai kat malaysia pun tak sampai rm20 (ni harga i convert la, 50ribu rupiah bersamaan rm25, conversion time tu)   ni dulu la entah brp tahun lepas. tapi beza harga flores & tempat lain mmg jauh sgt sgt so macam tak heran lah kalau tiket harga macam tu… gaji dia pun lain  dgn wilayah lain. Byk2 tempat kat indonesia, paling mahal life cost ialah Papua, Flores & Kalimantan . kalau pergi 3 tempat ni, segala benda mahal, lagi mahal drp  malaysia
Quote CiliPadiSedap 4-8-2022 11:41 AM
labuan bajo ye? jom teman kaka pg lagi. tempat cantik cuma capek nak hiking untuk tengok view. sekarang dh ada hostel atas boat.
Quote annehuda 4-8-2022 11:45 AM
kepompong replied at 4-8-2022 10:03 AM
i pernah berkenalan dgn pegawai kerajaan yg kerja kat Flores, masa tu i tinggal 1 hotel dgn dia, ram ...

kalimantan tu aku selalu dengar diorg cross border pegi sarawak kalau nak beli barang. katenye kt sarawak lg murah aku mcm kenot brain gak biar betul
Quote chinta89 4-8-2022 12:04 PM
kepompong replied at 4-8-2022 10:03 AM
i pernah berkenalan dgn pegawai kerajaan yg kerja kat Flores, masa tu i tinggal 1 hotel dgn dia, ram ...

kenapa ya 3 tempat ni sgt mahal? kawasan pelancongan exclusive ke cane?

Byk2 tempat kat indonesia, paling mahal life cost ialah Papua, Flores & Kalimantan . kalau pergi 3 tempat ni, segala benda mahal, lagi mahal drp  malaysia


Quote Skuau 4-8-2022 12:06 PM
nak  senang pi la Msia...apa pon boleh...lg murah...
Quote FOTHER-MUCKER 4-8-2022 12:08 PM
Pernah baca online surat khabar beberapa bulan lepas memang dia orang nak kurangkan pelancong datag kerana sebab tertentu.  Jadi mungkin sebab itu mereka menaikan harga ticket supaya tidak ramai yang datang.
Quote reporter_kalut 4-8-2022 12:10 PM
Ada duit boleh je pegi. Tp mahal gitu berbaloi ke
Quote Mulotkoyak 4-8-2022 02:21 PM
Dgr byk kat negeri serambi mokkah kan?
Quote Artemesiaa 4-8-2022 02:33 PM
Bukan situ je banyak je tempat2 lain pun dah dinaikan harga tiket masuknya.  Bukan naik sikit tapi naik berganda2.  Benda macam ni bukan ruji pelancong je tapi pengusaha pelancongan sama.  Bila pelancong tak datang nanti income mereka pun bakal terjejas.
Quote star_karat 4-8-2022 02:33 PM
Barang import dari overseas. First masuk jakarta. Dari jakarta flight atau pakai ferry bawak cargo dah tu ada tax itu ini. Sampai jer flores atau tempat2 ulu banat barang jadi mahal.Orang pagar ruyung beli barang shopee dari china, pergi jakarta dulu baru pergi medan. Dari medan lori kedek2 pergi pagar ruyung.
Quote gekkou 4-8-2022 03:56 PM
tasik usm pun banyak biawak

tapi mahal sgt tiketnya
tiket flight nak p sana
silap2 lagi murah dari tiket masuk


berani nya mereka2 yang ke sini
Quote namr 4-8-2022 03:57 PM
mahalnya, baik tgk bewak liar belakang umah mak aku free jah
Quote CiliPadiSedap 4-8-2022 05:06 PM
gekkou: tasik usm pun banyak biawak tapi mahal sgt tiketnyatiket flight nak p sanasilap2 lagi murah dari tiket masukberani nya mereka2 yang ke sini


tasik usm xde view cantik pulau2.  kalau setakat nak tengok biawak tengok kt belakang rumah sista vokuru pun ada.

Quote monreyes 4-8-2022 06:19 PM
biawak pun nak tengok...naik je cruise kat Melaka tu bersepah2 biawak

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056413 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top