Selepas kejayaan filem Mat Kilau yang menampilkan aktor, Datuk Adi Putra memegang tunjang utama, pelakon kelahiran Singapura itu sekali lagi muncul dalam karya seram berjudul Jerangkung Dalam Almari serta Air Force yang akan ditayangkan September hadapan.
Tahun ini sahaja, selebriti itu terbabit dalam tiga naskhah untuk tayangan layar perak menyebabkan ada segelintir yang mula bercakap tentang harga untuk mendapatkan khidmat Adi bagi membintangi karya mereka.
Menerusi laporan Getaran, kata Adi, 'demand' adalah sangat penting kerana jika tiada 'demand' umpama tiada arah tuju dalam kerjaya seni.
"Bila kita demand, maknanya kita sudah tahu apa yang kita mahukan. Tapi, kalau kita masih nak main tarik tali, tidak ada satu demand yang kukuh maknanya kita masih terkapai-kapai di atas lautan.
"Bila straight to the point lebih mudah. Untuk rakyat juga telah ditetapkan maharnya iaitu gaji pokok paling minimum adalah RM1,500 seperti yang telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.
"Jadi, jika tanya saya secara peribadi untuk saya demand memang wajarlah. Sebab orang di luar sana juga sudah ada tanda aras untuk pendapat mereka," katanya mengakhiri sesi temu bual. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Takde sape kt dalam dunia ni nak gaji di takuk lama...so iols sokong je...lagipun tak salah pun nak demand sebab banyak drama lakonan heols dulu yg jadi fenomena...