Oleh Izzah Abbasy
Kadang-kadang terfikir juga bagaimana kewujudan mesin ATM ini? Keluar dan masukkan duit hari-hari tetapi tidak tahu asal usulnya. Duit yang dikeluarkan datang dari mana? Ada orangkah dalam mesin tersebut? Pelbagai andaian berputar dalam fikiran anda. Betul tak?
Alkisahnya, Luther George Simjian adalah salah seorang Penemuan dan Ilmuwan yang berumur cukup panjang. Beliau dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905, dan meninggal pada 23 Oktober 1997 dalam usia 92 tahun.
Simjian mula berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun, kerana dipisahkan daripada keluarganya pada Perang Dunia I. Setelah bertemu dengan kerabatnya di Connecticut, dia mula belajar berdikari dengan bekerja sebagai Jurugambar.
Pada awal mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang Kedoktoran. Namun, minatnya berubah ketika pihak Universiti memberikan pekerjaan di Laboratorium Foto. Pada tahun 1928, dia telah ditempatkan di jabatan Direktori iaitu Bahagian Fotografi di Universiti tersebut.
Pada tahun 1934, Simjian telah berpindah ke New York, di mana dia mengembangkan mesin X-ray warna dan self-posing portrait camera, yang membolehkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar yang tepat yang akan diambil.
Dengan berbekal penemuannya ini, Simjian mendirikan sebuah perusahaan kilang kamera dan menjual lisensi untuk menggunakan kamera tersebut di studio mini yang diletakkan di Department Store dengan nama Photoreflex yang kemudian diganti dengan nama Reflectone. Perusahan ini berkembang dalam bidang pengembangan optik dan perangkat elektro mekanik.
Ketika Simjian menawarkan idea untuk membuat pelanggan bank melakukan transaksi finacial tanpa bertemu dengan juruwang, ia telah meragukan banyak orang. Tanpa menyerah, pada tahun 1939, Simjian mendaftarkan 20 patern yang berkaitan dengan perangkat temuan barunya tersebut, dan menawarkan temuannya kepada sebuah perusahaan besar yang sekarang dikenal dengan nama Citicorp.

Setelah 6 bulan kemudian, Citicorp menerima tawaran Simjian tersebut. “Tampaknya, orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan penjudi yang malu dan tidak mau bertemu muka dengan tellers” tulis Simjian.
Ternyata hari ini di mana-mana lapangan terbang, bank, pasaraya, kedai 7-eleven dan lain-lain terdapat mesin “ajaib” ini. Apa yang menjadi keraguan orang pada ketika itu sangat tidak terbukti. ATM sudah menjadi kepentingan yang tidak boleh dipisahkan bagi dengan masyarakat hari ini. Penemuan Simjian yang pada awalnya diragukan, kini telah membantu memudahkan pengeluaran dan permindahan duit dengan menggunakan mesin ATM sahaja.
Bagaimanakah agak-agaknya jika mesin ATM ini masih belum tercipta? - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|