Penampilan isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Innalis yang dilihat sudah berhijab dan kemudian memuat naik foto terbaharu tanpa tudung mengundang persoalan netizen mengenai imej sebenar wanita berkenaan.
Menjawab pertanyaan netizen itu, Farra atau lebih mesra disapa Elis menerusi ruangan komen meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. "Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu," komennya. Pada Julai lalu, penampilan Farra dilihat sudah mengenakan tudung menerima pujian ramai.
Bagaimanapun, perkongsian terbaharunya tanpa hijab membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai imej sebenar Farra. "Nak tunjuk aurat kau kepada siapa? Dah ada suami cukup la. Kau tambah mata orang yang tengok, dapat dosa. "Tudung dah hilang? "Hari itu bertudung. Manis dah. Hari ini tudung mana?," komen netizen. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerima pujian netizen sebelum ini kerana berjaya mendidik isteri sehingga tampil dengan imej baharu bertudung. Kisah Farra sering menjadi perhatian netizen kerana Caprice sendiri banyak kali memberi maklum balas tentang isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
Farra pernah mendedahkan dirinya terkena sihir namun ia mendapat kecaman netizen kerana dalam masa sama dia turut memuat naik video menari di laman sosial. Untuk rekod, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.
Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|