Polis Indonesia menahan lelaki berusia 37 tahun selepas disyaki membunuh isterinya sebelum membungkus mayat mangsa ke dalam guni lalu membuangnya di kawasan pembuangan sampah.
Lebih sadis, Detik.com melaporkan, suspek dikenali dengan nama Adi membunuh isterinya di hadapan dua anak mereka berusia lima tahun dan bayi berusia 40 hari. Pada keesokan harinya, suspek menyediakan dua guni berwarna putih sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalamnya. Suspek kemudian meletakkan barangan peribadi milik mangsa seperti pakaian ke dalam guni tersebut kerana mahu mengaburi mata orang ramai kononnya guni itu mengandungi barangan terpakai.
Lebih mengejutkan apabila suspek turut mengajak anaknya perempuannya berusia lima tahun itu untuk membuang mayat isterinya ke tempat pembuangan sampah di Tanara, daerah Serang. Suspek mendakwa dia terpaksa membawa anaknya itu kerana tidak boleh meninggalkannya sendirian di rumah manakala bayi berusia 40 hari itu ditinggalkan di rumah rakannya. Susulan penemuan mayat, suspek ditahan polis dan disebabkan perbuatan membunuh itu dilakukan di hadapan anak-anak, maka suspek bakal berhadapan hukuman lebih berat. Hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan iaitu bapa dan anak saudara. Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka. Difahamkan, anak mangsa berusia lima tahun itu akan diberi perhatian khusus dari aspek pemulihan psikologi berikutan keadaannya yang kelihatan terganggu dan terkejut setelah melihat ibunya dibunuh. Sumber: OHBulan
|
jazaa100: Sbb tu babu @Friska tanak kwin ...
ADVERTISEMENT