CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 5

Ajak Anak 5 Tahun Buang Mayat Lepas Bunuh Isteri

[Copy link]
Post time 3-8-2022 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Polis Indonesia menahan lelaki berusia 37 tahun selepas disyaki membunuh isterinya sebelum membungkus mayat mangsa ke dalam guni lalu membuangnya di kawasan pembuangan sampah.


Lebih sadis, Detik.com melaporkan, suspek dikenali dengan nama Adi membunuh isterinya di hadapan dua anak mereka berusia lima tahun dan bayi berusia 40 hari.


Pada keesokan harinya, suspek menyediakan dua guni berwarna putih sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalamnya.




Detik.Com




Suspek kemudian meletakkan barangan peribadi milik mangsa seperti pakaian ke dalam guni tersebut kerana mahu mengaburi mata orang ramai kononnya guni itu mengandungi barangan terpakai.


Lebih mengejutkan apabila suspek turut mengajak anaknya perempuannya berusia lima tahun itu untuk membuang mayat isterinya ke tempat pembuangan sampah di Tanara, daerah Serang.


Suspek mendakwa dia terpaksa membawa anaknya itu kerana tidak boleh meninggalkannya sendirian di rumah manakala bayi berusia 40 hari itu ditinggalkan di rumah rakannya.


Susulan penemuan mayat, suspek ditahan polis dan disebabkan perbuatan membunuh itu dilakukan di hadapan anak-anak, maka suspek bakal berhadapan hukuman lebih berat.


Hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan iaitu bapa dan anak saudara. Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.


Difahamkan, anak mangsa berusia lima tahun itu akan diberi perhatian khusus dari aspek pemulihan psikologi berikutan keadaannya yang kelihatan terganggu dan terkejut setelah melihat ibunya dibunuh.




Sumber: OHBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
@Friska babu ndon ke bukak thread indon caprut ni??
Ehh bukan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu babu @Friska tanak kwin dgn jantan indon......yg pelik² je pangainya.....pak sedara dgn ank sedara blh kwin.....



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100: Sbb tu babu @Friska tanak kwin ...

Boleh kawin satu hal..bunuh lagi satu hal jugak..friska..friska,hati ko keras.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg trauma la budak tu
hanat punya bapak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:55 PM | Show all posts
Berita caprut at its best
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 1.388033 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list