CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dulu Saya, Sekarang Fizi' - Shahrol Shiro Dakwa Suria FM Tak Profesional

3-8-2022 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3036| Komen: 11

Pelawak Shahrol Shiro mendakwa stesen radio Suria FM bersikap tidak profesional apabila penyampainya memilih untuk berhenti atau tidak disambung kontrak.

Kata bekas penyampai Suria FM itu, tindakan stesen itu membuat kenyataan memburukkan bekas penyampai membawa impak besar termasuk dirinya yang pernah terpalit dengan isu bersama stesen radio itu sebelum ini.


IG Shahrol Shiro

"Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula.

"Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama," tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya, hari ini.



IG Shahrol Shiro

Dalam masa sama, dia berharap Suria FM akan lebih bersikap profesional dan belajar menghargai penyampai yang pernah berjasa dengan syarikat terbabit.



Terdahulu Harian Metro melaporkan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Fizi Ali meninggalkan stesen radio itu pada saat akhir hingga menyebabkan Suria FM menanggung kerugian lebih RM50,000.

Dakwanya, Fizi sepatutnya memaklumkan perkara itu lebih awal supaya segala persiapan menuju program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini tidak berlaku pembaziran wang ringgit serta menyusahkan masa orang lain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 3-8-2022 08:41 AM
sarol ni dlu blah kes ape eyh
Quote bulalof 3-8-2022 08:59 AM
semua hal murahan gini nak beri pendapat........

politaik sgt2 dah perangainya.......
Quote Adrif 3-8-2022 08:23 PM
ohh.. ok..

so? next
Quote MarissaOberlin 3-8-2022 11:24 PM
makin kepam la he ols
Quote elzy 4-8-2022 08:09 AM
Adoi settle laa sesama korang.. Kecoh sangat dah kenapa..
Quote Nenasketum 4-8-2022 09:11 AM
Mak pak tak bagi cukup kasih sayang time kecik ke, semua hal nak merempan kat soc med, perangai kg.com, tak popesyenal langsung.
Quote anony-mous 4-8-2022 09:13 AM
Ko xpayah la samakan situasi ko dgn fizi. Ko dlu sbb perangai hauk kan? Kes fizi ni small matter jah. Kurang2 dia pegi xtggalkan bau taik
Quote hashashes 4-8-2022 09:17 AM
Berjasa apa? Macam besar sangat jasa kau kat suria fm tu. Kau kerja di bayar gaji kot bukan buat benda free. Kalau kau takde ramai lagi leh jadi penyampai radio.
Quote jijilaaa 4-8-2022 10:27 AM
miemiecha replied at 3-8-2022 08:41 AM
sarol ni dlu blah kes ape eyh

disiplin..dia kan jaga sesion pagi..slalu je dia dtg lambat...astu cuti tak inform radio..
Quote miemiecha 8-8-2022 09:40 AM
jijilaaa replied at 4-8-2022 10:27 AM
disiplin..dia kan jaga sesion pagi..slalu je dia dtg lambat...astu cuti tak inform radio..

hahahah patutlah...
ngarut betuii
Quote AshkieLa 8-8-2022 09:57 AM
diam la shahrol..
ko tu masalah disiplin je mana2 ko pergi. memang sesuai sgt la ko join politaik..
yg tak bagus kalau ade lahabau2 pi angkat ko jd yb bebetul nanti...
jahanam.....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.095224 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top