Ahli akademi mula tampil bersuara mendakwa filem Mat Kilau tidak memberi gambaran tepat tentang peranan dimainkan pelbagai kaum pada zaman penjajah.
Bukan hanya melihat pada nilai komersial dalam melariskan sesebuah filem, tetapi kalau membikin filem sejarah, ia lebih sukar kerana ia perlu tepat dan tidak tersasar. Sejarah tidak boleh diubah dan tidak boleh ditulis semula, tetapi pengarah filem boleh buat apa sahaja untuk menyedapkan jalan ceritanya. Kutipan boxoffice atau tidak, filem blockbuster atau tidak, Mat Kilau harus memberi gambaran tepat tentang peranan dimainkan oleh pelabagai kaum pada zaman penjajahan.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Hafidzi Mohd Noor mengulas mengenai naratif sejarah dalam konteks filem Mat Kilau. Katanya, perlu ada naratif jujur supaya penonton dapat memahami bahawa bukan hanya satu komuniti yang memainkan peranan dalam membantu British menguasai Tanah Melayu. “(Ia) bukan sahaja tentera Sikh yang berkhidmat untuk empayar British ketika itu, tidak seperti dalam filem tetapi juga orang Melayu,” kata Hafidzi semasa forum bertajuk “Filem Mat Kilau & Pendidikan Sejarah” di Kuala Lumpur.ds by Beliau berkata, dari segi sejarah, kebangkitan Mat Kilau bukan sahaja menentang penjajah British tetapi juga “penubuhan” iaitu kerajaan Pahang. “Jadi, sangat jelas dari sudut itu bahawa kita semua berkongsi tanggungjawab untuk membawa masuk British,” katanya. Bagaimanapun katanya, ini bukan masa untuk menuding jari, sambil menambah walaupun tiada siapa boleh mengubah masa lalu, semua orang boleh belajar daripadanya. Bulan lalu, sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka United Sikhs menggesa industri perfileman Malaysia mengelak daripada menghasilkan filem yang boleh menyakiti perasaan masyarakat tertentu. Kumpulan itu berkata, Mat Kilau sebuah filem berdasarkan figura sejarah, mengandungi adegan di mana orang Sikh yang dibawa masuk dari India sebagai sebahagian daripada pasukan penjajah British dilihat telah bertindak kasar ke atas orang tua, kanak-kanak dan rakyat tidak berdaya. Kumpulan itu berkata, walaupun adegan kontroversi dalam filem itu adalah rekaan namun ia tidak menyenangkan dan menyakiti perasaan orang Sikh. Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Helen Ting menyeru agar pengajaran Sejarah di sekolah menengah beralih daripada sekadar “menghafal” fakta kepada pemikiran kritis. “Kita perlu maju ke hadapan untuk mendidik manusia berfikir secara kritis, apakah itu sejarah? “Bagaimanakah kita menentukan sama ada sesuatu itu fakta sejarah, atau tidak, atau sama ada ia ‘mungkin’?” kata Ting, yang merupakan felo penyelidik kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS). Beliau turut mempersoalkan bagaimana pelajar sekolah menengah akan membuat keputusan secara kritis sebaik meninggalkan alam persekolahan tanpa kemahiran seperti itu. “Ini tidak masuk akal, jadi kita perlu melakukan lebih banyak desakan terhadap kurikulum Sejarah kita,” katanya. Untuk rekod, forum itu diadakan sempena pelancaran buku semakan buku teks Sejarah sekolah menengah oleh Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN). Sumber: FMT, Suara Merdeka |
kata Hafidzi semasa forum bertajuk “Filem Mat Kilau & Pendidikan Sejarah”
swimswim replied at 3-8-2022 03:23 PM
Itu fiksyen inspired by true event je di lecturer oit. Kalau nk tgk berita sejarah, pergi la dkt ark ...
Firenzza replied at 4-8-2022 05:06 PM
Mahsuri yg dongeng karut marut pun ummah melayu percaya mengalahkan sejarah nabi.....ini mat kilau y ...
ADVERTISEMENT