Seperti diketahui umum, jemaah haji musim ini mula berangkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat. Bagaimanapun, ibadah yang dianggap sebagai kemuncak perjalanan hidup setiap umat Islam dicemari dengan video tular memaparkan aksi tidak senonoh sekumpulan jemaah haji wanita.
Menerusi video itu kelihatan mereka bergaya sakan, dipercayai sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat. Dipercayai kumpulan jemaah haji berkenaan adalah berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.
Pemilik video itu dipercayai bertugas sebagai kru kabin yang menguruskan perjalanan kumpulan jemaah berkenaan. Menerusi video yang dikongsi, kelihatan beberapa jemaah wanita menggayakan pakaian warna-warni, lengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam. Malah, suasana dalam pesawat kelihatan cukup meriah, persis pertunjukan fesyen. Beberapa jemaah wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan dilihat sedang bersolek di tempat duduk masing-masing sambil diperhatikan rakan yang lain. Salah seorang jemaah yang tersenyum manis biarpun tidak mempunyai gigi penuh turut mencuit hati penonton. Dalam pada itu, beberapa individu yang mengaku berketurunan Bugis turut berkongsi pandangan mereka berhubung video itu. Sumber: mStar
|
Atata replied at 3-8-2022 11:44 AM
Hahahaha bugis mmg gituh. Teringat dulu tinggal kat Sandakan.. pagi raya adilfitri ppuan2 Bugis ni m ...
Atata replied at 3-8-2022 11:44 AM
Hahahaha bugis mmg gituh. Teringat dulu tinggal kat Sandakan.. pagi raya adilfitri ppuan2 Bugis ni m ...
ADVERTISEMENT