CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Waris Makin Matang, Dah Pandai Kawal Emosi

3-8-2022 02:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1406| Komen: 4|Original author: Tatod

Sumber mStar


Penyanyi, Muzzammil Alias atau Waris, 33, mengakui usia dan status sebagai suami serta bapa kepada dua orang anak banyak mempengaruhi kehidupannya pada hari ini.

Menerusi laporan mStar, kata Waris, caranya berfikir jauh berbeza jika dibandingkan ketika usianya sekitar 20-an yang cenderung dipengaruhi oleh emosi.

"Sudah umur macam sekarang ini tidak perlu lagi hendak terlalu marah. Lagipun anak juga sudah semakin membesar.



"Saya sendiri pun cara cakap sudah berubah. Jadi, pada saya untuk sesetengah perkara jangan terlalu ambil serius," katanya kepada mStar ketika diminta mengulas mengenai komen netizen yang menyentuh mengenai fizikalnya yang dikatakan semakin berisi.

Tidak ambil pusing mengenai komen netizen, Waris bagaimanapun mengakui kurang senang apabila penampilannya berambut panjang turut dipersoal.

"Saya ada berjumpa dengan orang luar. Dia mengatakan, 'betulkah ini Waris, sekarang rambut panjang. Betulkah ini Waris, sekarang nampak gemuk. Dulu Waris lain, dulu Waris kurus'.


"Jadi, apabila ada yang cakap sekejap gemuk, sekejap kurus... buat saya rasa macam pelik.

"Cakap benda ni semua sebenarnya apa yang mereka mahukan. Kurus salah, gemuk salah. Saya tidak marah, cuma cakap sahaja.

"Lagipun, saya tahu bukan mudah untuk puaskan hati semua orang dan kita memang tidak dapat puaskan hati semua," katanya.


Meskipun begitu, Waris tetap berterima kasih kepada mereka yang masih mengingatinya walaupun sudah lama menyepikan diri daripada industri seni.

"Apa pun, saya terharu kerana masih ada yang komen dan menyokong terutama di media sosial. Dalam keadaan sekarang yang dipenuhi dengan kehadiran penyanyi baharu tetapi mereka masih ingat saya," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 3-8-2022 07:29 PM
Bagus le kalau dah tak mcm dulu.. Cam bbnu bila kena interview.. Hauk..
Quote I.K.A888990 3-8-2022 07:42 PM
asal tgk dia mcm iras suami zizi kirana lak ni
Quote babynina30 4-8-2022 07:52 AM
Dh sekian lama i tgk dia ni berusia 32yo semedang. Mcm nekta ka usianya [em:4:]
Quote royaldanish 4-8-2022 07:58 AM
owh ok... bagus la tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043840 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top