CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anna Sueangam, Dari 'Miss Garbage' Ke Miss Universe Thailand

3-8-2022 11:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2865| Komen: 5|Original author: Tatod


Seorang wanita yang sebelum ini digelar 'Miss Garbage' kerana pekerjaan bapanya sebagai pemungut sampah mewakili Thailand dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022.

Memetik laporan Yahoo! News, Anna Suengam-iam, 23, dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2022 menewaskan 28 peserta yang turut memburu gelaran tersebut.

Pada sesi soal jawab terakhir, Anna ditanya perkara ingin dilakukannya bagi memperkasakan individu yang sedang berputus-asa.



"Bukan anda sahaja yang menghadapi rasa putus asa. Saya juga pernah. Kami belajar dari masalah untuk menyesuaikan diri dan bertahan. Saya menyeru anda semua untuk mempunyai keyakinan dalam diri dan bangkit untuk berjuang semula. Kalau saya boleh, anda pun pasti boleh," jawabnya.

Walaupun muncul sebagai juara, Anna bagaimnapun bukanlah peserta popular dalam kalangan penonton dan menduduki tempat keenam dengan hanya 3.2 peratus undian awam di laman web Miss Universe Thailanda.

Peserta berdarah Thai-Itali, Renita Veronica Pagano yang merupakan menduduki tempat kelima menerima 28.1 peratus undian awam manakala peserta Thai-Amerika, Nicolene Limsnukan (naib johan) mendapat 25.2 peratus.

Sumber Vietnam Postsen

Sebelum Anna dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2022, pengguna media sosial meragui kemampuannya kerana wanita itu bukan 'luk khrueng', istilah bagi individu yang berdarah kacukan.

Dalam temu bual sebelum ini, Anna menyatakan pendapatnya bahawa 'luk khrueng' bukanlah kriteria utama dalam pemilihan Miss Universe Thailand. - CARI

Anna dan ibunya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-8-2022 04:45 PM
The power of mekap timbang kati
Quote Gomea 3-8-2022 11:09 PM
Orang thai pon jenis pandang wajah2 mix kokosen gak ke? Patutlah pompan2 thai berebut nak kawen mat saleh
Quote hyie 4-8-2022 12:36 AM
bila tak mekap/mekap bebiasa, muka dia jelas tipikal pompuan thai marhaen je. Tapi cantik je lah.
Quote Reira77 4-8-2022 02:04 AM
Muka sheols time tak makeup, nampak keras macam laki. Macam pelakon sutun tu
Quote liyamariska 4-8-2022 12:03 PM
ai tgk rupa minah tanpa mekap lagi lawa dari bermekap masa menang pertandingan...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.034556 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top