CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Duit Boleh Dicari, Bila Lagi Nak Bawa Bayi 6 Bulan Daki Gunung?'

2-8-2022 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2260| Komen: 7

Seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen kerana membawa bayinya yang baru berusia enam bulan mendaki  gunung, lapor laman berita Berita Hits hari ini.


Berdasarkan klip video dikongsikan di laman Twitter dan Instagram, sekumpulan pendaki dilihat berjalan menuruni sebuah kawasan pergunungan. 


Foto: IG @admin_igtainment

Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine.

Dia yang turut ditemani suami,  menyelimutkan anaknya bagi mengelakkan bayi tersebut kesejukan.


“Duit boleh dicari, bila lagi mahu bawa bayi enam bulan mendaki gunung untuk pertama kali?” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan sesetengah netizen mengecam tindakannya, namun ada juga yang menyokong wanita itu.


IG @admin_igtainment

“Bagi saya, persekitaran dan pelbagai perkara lain di atas gunung belum tentu sesuai untuk bayi,” kata seorang netizen.

“Di luar negara, ramai ibu bapa  membawa bayi mereka naik gunung dan mengembara secara ‘backpacking’. Hal mereka jangan dicampur. Alhamdulillah jika tiada perkara buruk yang berlaku. Teruskan usaha anda,” kata seorang pengguna lain. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 4-8-2022 04:11 PM
Caprutnya berita ini sampai sendu takde org komen kecuali meolls
Quote supernaturalee 4-8-2022 04:48 PM
KamikuP replied at 4-8-2022 04:11 PM
Caprutnya berita ini sampai sendu takde org komen kecuali meolls

C-A-P-R-U-T




Quote Samerosie 4-8-2022 04:54 PM
Edited by Samerosie at 4-8-2022 05:15 PM

Speechless.
[youtube]Cl8N5gG_jzA[/youtube]
Quote Artemesiaa 4-8-2022 05:17 PM
Lantak ler anak dia zaman sekarang bukan boleh lebih2 nak nasihatkan orang
Quote dua_chzy 5-8-2022 11:36 PM
Eh dari dulu dah hada yang buat ni. Kokesen pun buat.
Quote dua_chzy 5-8-2022 11:38 PM
Ummah nusantara memang haibat. Naik gunung pakai gitu ja macam nak pi pasar.
Quote Zack8hunter 5-8-2022 11:40 PM
lorr..aku pun dulu bawa anak 6 bln hiking dan camping 2-3 mlm.. tapi bukan kt Msia ler.. ramai jer mat saleh buat mcm tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.089656 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top