CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kecewa Scammer Ambil Kesempatan Buka Tabung Untuk Ainul Mardhiah

2-8-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1919| Komen: 10

MELAKA – Ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar anaknya itu untuk mengaut wang sumbangan dan menipu orang ramai.


Perkara tersebut didedahkan Nurul Erwani, 27, menerusi status yang dimuat naik di akaun sosial Instagram miliknya hari ini.

“Yang mana ada jumpa scammer guna gambar Ainul untuk kaut duit, tolong share kan (kongsikan) pada saya.

Foto: via Kosmo

“Saya akan terus uar-uarkan pada akaun saya untuk tak nak orang ramai tertipu dengan mereka. Melampau betul mereka ini.

“Buat kerja dan ambil kesempatan atas orang lain. Orang Islam kan, cuba cari rezeki yang halal. Geram ni!,” tulisnya.

Nurul Erwani turut membuat memuat naik sekeping gambar tangkap layar akaun Facebook yang menggunakan nama Jamilah Firdaus didakwa cuba menipu orang ramai menggunakan situasi terkini Ainul Mardhiah.

Akaun tersebut telah melancarkan tabung kilat Ainul Mardhiah dengan meletakkan nombor akaun Maybank atas penama Othman Zakaria untuk sumbangan orang ramai.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan kanak-kanak itu sedang ditidurkan dan menggunakan bantuan ventilator di unit rawatan rapi Pediatrik (PICU).

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam, Ahmad Safiuddin berkata, doktor mengesahkan Ainul telah terkena jangkitan kuman dan virus itu merebak hampir ke semua anggota. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-8-2022 05:26 PM
kalo dpt tangkap dan didapati bersalah scammer berkenaan..tolong tambah hukuman sebat kt tmpt awam...
Quote dua_chzy 2-8-2022 05:28 PM
Astaga. Laju ja bab duit semua syaitan ni.
Quote KamikuP 3-8-2022 02:50 PM
Moga scammer ni mati kene rempuh lori simen
Quote margo20 3-8-2022 02:52 PM
Takde ke org nak santau scammer ni? Nama dh ada tu
Quote cutieslilies 3-8-2022 02:55 PM
mmg betul2 iblis scammer skrg..ambik kesempatan kaw2..
Quote shernazz 3-8-2022 02:57 PM
Benda ni mmg banyak
Dalam.fb tu samlai.ada yang dah mati.pung.
Dijaja.lagi mintak.bantuan.konon sakit kronik
Celaka sunggoh scammer ni..
Quote matamata 3-8-2022 03:08 PM
Scammer ni pandai dgn undang2, kalau pemilik akaun kena tangkap pun dia blh claim akaun dia disalah guna... Mcm tu lah
Quote airmineral 3-8-2022 04:13 PM
teruknya la perangai oiii
Quote ezacbee 3-8-2022 04:42 PM
Sebarkan muka scammer sekali. Kuang ajor!
Quote boo05 24-11-2024 10:11 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.629038 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top