Hot FM menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa stesen radio terbabit 'mencuri' penyampai radio, Johan dan Fizi Ali ketika kedua-dua individu itu masih mempunyai kontrak dengan stesen lama.
Ketua Pegawa Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran berkata, kedua-dua penyampai radio itu diambil selepas tamat kontrak.
Nazri Noran (Sumber Harian Metro)
"Sejujurnya, kalau ambil saja macam tu, kita tak ada duit. Kita kena hormat. Ia juga terpulang kepada mereka. Kalau mereka rasa okay, hantar surat berhenti dan ikut peraturan. Kita tak galakkan untuk mereka langgar kontrak pun. Ia terpulang kepada mereka dengan majikan mereka. Jadi, kalau semuanya jelas, move on lah. Itu pun kena tengok masa juga.
"Tidak ada istilah 'sailang'. Bagi saya, persaingan sihat. Kita tengok bakat yang mana mereka boleh mengisi tempat itu. Dan apa kita putuskan dari segi Johan dan Fizi adalah kena dengan strategi dan hala tuju. Kadang, bila kita rasa macam ini 'wishlist' kita, takut mereka tolak, mesti ada fikiran itu. Jadi, kami bersedia untuk ditolak atau mungkin mereka tak nak.
"Namun, selepas beberapa kali berbual apa yang kita nak, visi dan misi untuk bersaing dalam pasaran radio, mereka mahu. Jujur, Johan dari stesen nombor satu, kenapa nak masuk stesen nombor tiga?
"Tapi, ia satu cabaran. Jika saya buat sesuatu, saya nak pastikan yang saya tahu dan faham apa misi syarikat. Macam kami kongsi dan bersikap telus dengan mereka ini misi kita. Ini kita buat. Kalau ada misi sama, jom buat.
"Kalau tak sama tak apa. Sekurang-kurangnya, kita sudah bercakap dan move on apa yang sudah dibuat. Kita nak tawarkan bayaran tinggi tak adalah, cakap terus terang syarikat masih dalam proses nak meningkat. Kita bukan jenis tabur duit. Tak adalah sampai setengah juta. Bayaran ini antara kita dan mereka," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My