CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Kurang Dapat Sambutan, Yusof Haslam Tetap Puji Syafiq Yusof Ada Golden Touch

1-8-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2231| Komen: 9

Datuk Yusof Haslam sentiasa percaya dua anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mempunyai kekuatan dan stail tersendiri dalam mengarahkan sesebuah filem.


Yusof atau Mohd Yusof Md Haslam, 68, malah percaya Syafiq mempunyai 'golden touch' yang tersendiri seperti abangnya cuma melihat anaknya itu terlalu merendah diri.

Foto: Harian Metro

"Syafiq ini dia terlalu merendah diri, dia ada 'golden touch' yang berada dalam kelasnya tersendiri.

"Sebenarnya filem-filem dihasilkan Syafiq boleh dikatakan 80 peratus berjaya di box-office, ada satu atau dua sahaja yang agak berat sikit dan memerlukan penonton mencabar minda dan kurang mendapat sambutan seperti Desolasi.


"Tetapi saya bangga walaupun kurang sambutan tetapi dia tetap berjaya menyampaikan sebuah filem diluar kotak," katanya kepada mStar.


Foto: Google

Dalam pada itu, Yusof melihat Syafiq masih mempunyai perjalanan yang panjang sebagai seorang pengarah dan masih ada idea-idea belum diketengahkan kepada penonton.

"Syafiq seorang pengarah yang bagus dan antara terbaik dekat Malaysia ini, Insya Allah dia akan terus maju pada masa hadapan," katanya.-terlalu merendah diri.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SpyLeman 1-8-2022 04:58 PM
Sapik tak pandai buat kontroversi, payah nak meletops kott
Quote rosedemon 1-8-2022 05:09 PM
sapik cuba cari skandal jugak kiki
Quote dudaberhias 1-8-2022 06:04 PM
Syafiq muda lagi... lepastu peminat pun tak ramai macam sol...
ada la tu filem2 yang bakal jadi box office nanti...

penunggang agama pun heshe punya filem kan... ok jer filemnya...
cuma no.2 tu nampak sangat rushing sebab story line tak kuat...
Quote Hoshhi 1-8-2022 06:17 PM
penunggang agama tu xde wow factor..klu suruh tgk pun aku xkan tgk dh..klu munafik tu ye, buat kita tertunggu2 scene seterusnya..filem sapik yg paling ok rsnya abg long fadil 2
Quote MarissaOberlin 2-8-2022 12:38 AM
nak kesian tapi i ols masih bitter kes plagiat Misteri Delaila dulu.
tapi apa-apa pun hakak pasti dia stress bila dalam family dia abg lebih power dari dia. bakal jadi bualan comparison dikala raya.
Quote Racurve 2-8-2022 02:09 AM
ko nak suruh heshe pasang birah sekor ke sop?
Quote reporter_kalut 2-8-2022 09:20 AM
Kurang sambutan filem tak apa tp jgn byk sambutan dari tine2 penyondol
Quote ladybugz 2-8-2022 09:30 AM
mk laku pun bukan sebab org minat syamsul yusuf tu. jalan cerita nya yg lain sedikit dari filem melayu lain dan sarat dgn elemen hiburan dan sejarah dan dekat dgn hati penonton. senang nk relate dan sbgainya. so populariti syamsul bukanla pemangkin filem dia berjaya sbb tu mcm2 skandal dia buat x menjejaskan kutipan sbb yg pergi tu bukan atas dasar minat kat samsul tu pon.
Quote AshkieLa 2-8-2022 09:36 AM
biasa lah tu.. mana2 adik beradik celebrity/artis kalau terjun dalam line yg sama,
salah sorang je akan menonjol...

nak komen SY tu awat senyum terkepit kepit mcm Ruhainies tu?
ingat handsome?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.042656 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top