Ruhainies terbuka dan tidak mengambil serius jenaka yang dilemparkan sesetengah netizen yang menggelarkan dirinya sebagai ‘queen of birthday’ susulan kerap berkongsi majlis sambutan di media sosial setiap kali tiba hari jadi.
Genap berusia 30 tahun, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, situasi tersebut berlaku disebabkan jadual kerjanya yang tidak menentu, sekaligus menyebabkan ada sambutan yang terpaksa dianjakkan. “Sambutan nampak banyak kali kerana saya meraikannya bersama peminat, kawan-kawan dan juga dengan keluarga. Saya okay saja bila orang label saya sebagai ‘queen of birthday’. Malah waktu viral sebelum ini, saya perasan ada yang kata ‘hari jadi dia lagi dan lagi’.
“Sebabnya bila saya sibuk dengan komitmen kerja, rakan akan tunggu tarikh dan masa saya. Jadi, kalau sudah terlepas sekali pun, mereka tetap nak meraikan,” katanya kepada MH.
|
margo20 replied at 1-8-2022 09:13 PM
Ok la tu dpt kek kalau dpt sportscar 20 biji kang korang kate hape pulak
adeqbun replied at 2-8-2022 09:40 AM
1 kek pon xmampu nak habes..sudahnye kek2 tu ape jd..
gideoncross replied at 2-8-2022 01:34 PM
Hrpnya kek2 yg x hbis tu d bgi kat org2 yg mmerlukan & buknnya d bazirkan.
dudaberhias replied at 1-8-2022 05:55 PM
eee overnya kau nyah... fefeeling jubli emas ratu elizabeth bagai nak sambut berkali2
orang lain ...
ADVERTISEMENT