Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya mendedahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.
Intan Maya yang juga penyanyi selain pernah menganggotai kumpulan The Girls reda dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat bersama Zul selepas ini. Terdahulu, dia mendedahkan pernah diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan khurafat atau ilmu hitam. “Beberapa bulan lalu saya tak datang bulan, ‘sangkut’ (hamil) ke. Namun saya ada beritahu suami, kenapa rasa tak sedap badan. Masa hamil yang pertama, saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah.
“Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah perkampungan dan saya tiba-tiba jatuh tergolek dari lereng bukit yang ada air terjun. Jadi bila nak bangun tu, macam terpegang ular tersebut. Cuma dia tak patuk. “Ketika itu saya lafaz ‘Ya Allah’ dan tak lama kemudian, ular itu berlalu pergi. Bila bangun rasa bahagian perut sakit. Dapat tahu gugur,” katanya. Maya menambah, sebelum keguguran kali kedua pula, dia turut berdepan situasi aneh. “Ia berlaku ketika kami berada di kedai makan. Malam sebelumnya, saya berada di bilik jahitan. Tiba-tiba dengar bunyi menyeramkan. Saya cari suami dan bertanya mengenai bunyi terbabit. Suami tak tahu menahu. “Bila dia ke bilik air dan saya pula baru nak lelap, tiba-tiba saya tergerak hati nak buka mata. Saya terkejut seolah-olah ternampak satu lembaga dari arah tingkap. Ya Allah buruknya muka dia dengan serabainya. “Terkejut dengan apa berlaku, saya kembali lelap dan bila bangun pagi kami keluar untuk sarapan. Tengah duduk, muncul seekor lipan berjalan arah ke saya. Bila tegur, ia pusing balik.
|
ADVERTISEMENT