Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi berkongsi perkembangan kanak-kanak itu yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Katanya melalui Instagram, anaknya itu ada menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital. Ainul kini berada dalam keadaan agak kritikal dan tenat. "Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul. Doakan ya semua." Nurul juga sempat memberikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memohon doa orang ramai agar diberi kesembuhan pada Ainul Mardhiah.
|
dua_chzy replied at 1-8-2022 04:02 PM
Infection kat stoma tu ka? Ngerinyaaaa
jejaka_hensem replied at 1-8-2022 08:16 AM
Iols baru tau stoma tu apa
Minggu lepas gugel pasal cjd,lepas tengok drama korea.
dua_chzy replied at 1-8-2022 04:18 PM
Aiol pun baru tau lepas tengok video pasal tracheostomy kat Youtube.
Mudah2an adik Ainul bo ...
jejaka_hensem replied at 1-8-2022 08:23 AM
Kesian kan kalau budak2 kecik sakit.
Semoga adik ainul cepat sembuh.
dua_chzy replied at 1-8-2022 04:25 PM
A'ah. Aiol terkesan tengok video adik Ainul bergegar2 badan dalam ambulans tu. Macam ngeri sangat ...
ADVERTISEMENT