Sean Lee meluahkan rasa gembira dan bangga apabila terlibat dalam sebuah filem produksi antarabangsa iaitu DC-League of Super Pets yang mula ditayangkan pada 28 Julai lalu.
Bagaimanapun ada pula mengkritik kejayaan itu kerana watak Waffle yang dibawakan oleh Sean hanyalah untuk tayangan Malaysia dan ia dianggap bukanlah sesuatu boleh dibanggakan. “Ada yang cakap watak saya itu hanya itu tayangan Malaysia sahaja, namun bagi saya ia sesuatu yang besar kerana kandungannya dari sebuah produksi terkemuka. Projek kali ini juga unik kerana memang menampilkan watak khas seekor anjing dari Malaysia. “Jadi kalau ada mahu kritik, saya tidak ambil pusing. Lebih baik saya ambil positif dari mereka yang menyokong kerjaya saya. Pembabitan dalam filem ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya kepada mStar.
Sean, 28, menerima panggilan dari pihak Warner Brother Malaysia untuk meminjamkan suaranya bagi watak anjing bernama Waffle dalam filem terbitan Warner Animation Group dan DC Entertainment itu sekitar Mac lalu.
|
ashcroft86 replied at 1-8-2022 02:33 PM
Ok la tu dpt jdi VO actor untuk Disney. Peluang jgn lpaskan. Career heols semakin mengembang. Congra ...
mamajawie replied at 1-8-2022 03:34 PM
x paham kenapa ade malaysia edition??
ADVERTISEMENT