CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Mahir Kecewa Klinik Haiwan Suruh Jumpa Doktor Lain Rawat Kucing Cedera

1-8-2022 01:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4232| Komen: 41|Original author: Tatod


Pengacara, Nabil Mahir meluarkan rasa kecewa terhadap layanan sebuah klinik haiwan yang enggan merawat kucingnya yang mengalami kecederaan teruk.

Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story, kata Nabil, klinik haiwan berkenaan memintanya agar membawa kucing yang diberi nama Kate itu ke klinik lain yang berhampiran dengan alasan masa operasi mereka sudah hampir tamat.

"Saya datang melawat anak-anak bulu dan terkejut melihat salah seekornya mati. Saya tak pasti kenapa tapi dua minggu lalu Scarlett bersalin empat ekor anak tapi tiga daripadanya mati.


"Tiba-tiba, saya dapati Kate berdarah dan lemah. Saya terus membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan memaklumkan mereka ini kes kecemasan.



"Mereka suruh saya ke klinik haiwan lain kerana mereka sudah nak tutup. Kalaulah mereka betul-betul sayangkan haiwan, mereka patut terimanya.

"Tak lama lepas tu, Kate pun mati. Saya benci selamanya klinik haiwan yang memilik untuk menolak permintaan saya untuk membantu Kate," coretnya.

Nabil turut meninggalkan komen di akaun klinik veterinar berkenaan bagi menceritakan pengalamannya itu. -CARI








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-8-2022 01:55 PM
Mungkin klinik tu dah tau Kate dah takda harapan.
Quote prettyuglybabe 1-8-2022 02:14 PM
dia letak kucing dia kat mana?
kalau kau betul sayangkan kucing, dah kenapa tak jaga sendiri..
klinik tu refuse, kau cari la vet lain yang ada waktu operasi 24jam..
sediakan ongkos..
Quote nadie90 1-8-2022 02:15 PM
Kat KL/Selangor xdak ka hospital veterinary?....kesian Kate dgn anak2 dia...yang penting dia kat tmpt yg lebih baik
Quote makadek 1-8-2022 02:18 PM
Aku tgh penat gila2 ni tak larat nk kecam
Quote Mary_jane 1-8-2022 02:42 PM
I pun pernah kena tolak mentah2 sebab bawa kucing masa klinik nak tutup. Staff masa tu pun dengan muka exhausted giler. Tolak tepi dah sayang hewan ke tak, dan kita kena lah cari alternatif lain. Mujur kat setia alam ada juga klinik lain yang still buka.
Quote jalfa 1-8-2022 03:01 PM
Lah..teruskan hidup dek..cari klinik lain..duit banyak kan..apedahall...
Quote ayukpingu 1-8-2022 03:19 PM
yang terpaling....
Quote ReginaGeorge 1-8-2022 04:00 PM
Vet dgn staff tak semestinya pencinta haiwan. Ini semua bisnes.
Quote innocentsangat 1-8-2022 04:05 PM
Pencinta haiwan pun ada life dorang jgk. My friend yg vet pun if time balik, mmg terus tutup kdg lunch pun tak sempat. Ingat doktor binatang ni tak penat ke wei? Penat wei. Tu belum dpt pet yg buas sampai gigit vet sampai luka2. Penat. Penat. Sekian.
Quote innocentsangat 1-8-2022 04:07 PM
Mary_jane replied at 1-8-2022 02:42 PM
I pun pernah kena tolak mentah2 sebab bawa kucing masa klinik nak tutup. Staff masa tu pun dengan mu ...

Kan logik akal. Kita pergi mart time nk tutup pun cashier muka macam hantu sebab dia penat n nak balik. Tambah ni vet, melibatkan nyawa kucing. Pet tak boleh bg tahu dia sakit apa. Kt mana sakit n so on. Jadi bukan boleh suka2 diagnose.
Quote adeqbun 1-8-2022 04:12 PM
kalau ari2 ade patient hantar time dh nak tutup,then diorg layan dan pastu tibe ade lg patient bwk lg haiwan,jenuh la vet tu ari2 balik lmbt..polisi tetap polisi la..ko pon kene faham dan tahu tempoh operasi sesebuah premis..xyah over sgt..
Quote She-Ra 1-8-2022 04:15 PM
tak semua klinik lengkap peralatan dorang
tu pasal dorang tolak & suruh refer ke hospital
hospital vet gomen pn kdg2 suruh refer ke UPM
Quote chillipepper 1-8-2022 05:14 PM
Kan ada Vet yang 24 hrs - jangan la salahkan vet yang dah nak tutup. iols pun pernah, 2 kali bawak anakbulus after 7pm. One vet agreed to wait when i called despite dia dah tutup and performed the stitches. Another told us so sorry but cannot sebab staff pun dah balik, and utensils semua pun dah simpan and suggested another 24hr vet. So we respect that.
Quote aryyan 1-8-2022 05:35 PM
dia letak kucing dia kt mana? awat dia kata pi visit? lepastu org yg jaga kucing dia takkan tak update apa2/ tak tgk?
Quote Cokoro 1-8-2022 05:40 PM
Pernah jadi mcm ni jgk. Masatu mmg sedihlah. Esoknya kucing mati. Tp skrg ni bila fikir2 balik itu hak klinik tu. Doktor pun nk balik rehat kt rumah jgk.
Quote Mulotkoyak 1-8-2022 05:53 PM
Kne pk positif maybe doc vet dh balik so xde sape yg nk rawat. Kenapa xdtg awal lg? Ni lewat2 sape yg nk rawat kalo org dh blik. Diorg pun ade tanggungjawab kat umah. KL kan berlambak vet.
Quote codenamedream 1-8-2022 05:59 PM
Kalau sayang binatang pun, iols lagi sayang diri sendiri.
Quote dudaberhias 1-8-2022 06:14 PM
entah2 doktor veterinar pun dah balik... dah tu takkan ko nak suruh assistant tu pulak bedah kucing tu... nanti terus kojol baru tahu... pergi je la klinik lain... lagipun dah sampai masanya... ada internal bleeding tu... kucing tu pun dah tak nampak macam ada harapan dah... tengok macam dehydration... bubuh makanan dan minuman ke tidak tu?
Quote sleepandream 1-8-2022 07:51 PM
noks... ni melibatkan masa staff lain jugak.... kau ingat doc tu boss kat situ ke sesuka hati orang lain kene tunggu dia balik? silap2 dia pun makan gaji jugak.... takkan staf lain tu nak balik je tinggal doc sorang2 dalam klinik tu? choyyyyyy

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.046456 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top