CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempit Macam Keranda-Bilik Sewa Di Cheras Harga RM300, Hanya Muat Satu Tilam Single

1-8-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9327| Komen: 107

Menjalani kehidupan di kota raya tidaklah seindah yang disangka.

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, ada dalam kalangan anak perantau terpaksa ikat perut dan hidup dalam suasana cukup daif di ibu negara.


Terbaharu, tular perkongsian seorang wanita di Twitter mengenai harga bilik sewa di Maluri, Cheras yang disifatkan tidak masuk akal.

Foto: Twitter

"Selamat pagi kecuali owner rumah dekat Kuala Lumpur (KL) yang sewa bilik macam ni," tulisnya pada kapsyen.

Foto yang dikongsikannya memaparkan sebuah bilik sempit yang hanya mampu memuatkan tilam single dan dilengkapi sebuah kipas dinding disewakan pada harga RM300 sebulan.


Selain tilam yang diletakkan di atas lantai, kelihatan satu plug elektrik turut disediakan dalam bilik berkenaan.



"Kononnya terpaling dekat dengan LRT, Pavilion, KLCC view mak nyah dia," tulis wanita itu lagi.

Susulan itu di ruangan komen, beberapa individu yang pernah menyewa bilik hampir sama seperti wanita terbabit turut berkongsi pengalaman dan kisah mereka.

Menurut pelayar Twitter dikenali sebagai @AcikAziz1, dia menyewa seramai empat orang di bilik berkenaan dengan harga lebih RM400 pada tahun 2014.

"Murah! 2014 pernah sewa bilik saiz lebih kurang macam ni harga RM400 lebih, kongsi empat orang, ada tiga team. Kat Taman Maluri. Zaman-zaman kolej dulu.

"Kami panggil bilik neraka. Seksanya perjuangan nak dapat sekeping skrol. Masa gradusi bila ingat balik, kami semua nangis atas pentas," tulisnya.

Beberapa netizen turut 'geleng kepala' melihat keadaan bilik itu sehingga ada yang menyamakannya seperti bilik mayat dan bersaiz liang lahad kubur.

Kuala Lumpur tak seindah namanya, siapa sangka ramai yang hidup dalam keadaan serba daif dan ditindas pemilik rumah sewa?

"Ini macam bilik sewa dekat Seoul, Korea tapi dekat sana rumah sewa memang mahal. Tuan rumah ni memang ambil kesempatan betul.

"Mahu sesak nafas kau kak duduk dalam bilik kecil tak bertingkap macam tu. Cari tempat lain la. Ada yang lagi baik. Pemilik tu pun nak kaut untung agak-agak la.

"Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh lah duduk sini. Mengingatkan kita kepada alam barzakh terus.

"Saya pernah sewa bilik macam ni. RM250, terdesak wei.

"Ni bukan bilik sewa, ni bilik mayat," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 1-8-2022 12:10 PM
rindu maluri, tempat bercikcur dedulu
Quote supernaturalee 1-8-2022 12:13 PM
teringat scene filem bujang lapok
masa sudin tgh explain kt ajis sewa bilik yg refer pd saiz kubur
nah....it's not literally lg dah
this is real

Quote prettyuglybabe 1-8-2022 12:19 PM
ni jenis manusia kapitalis buat sublet..
semoga ada neraka khas untuk kapitalis ni..
Quote dekmieDandy 1-8-2022 12:22 PM
stresnya bilik takda tingkap
Quote aina_shaira 1-8-2022 12:25 PM
kaw kaw kapitalis ni
Quote sukacactus 1-8-2022 12:28 PM
Bilik stor aku lg besar camtu
Quote mamajawie 1-8-2022 12:29 PM
kapitalis lahanjeng sampai bilik stor pun dibuat sublet da cam besar tanah kubur..bodoh smoga mati x diterima tanah la pepuak kapitalis ni..
Quote pejol 1-8-2022 12:30 PM
dah macam port b2b jahh
Quote AbukRokok 1-8-2022 12:32 PM
samaada kamu nak bilik privacy atau nak bilik yg lagi besar tapi kongsi dgn 2-3 orang lain
ini realiti
Quote bulalof 1-8-2022 12:32 PM
agensi kerajaan yg berkaitan takkan tgk je?
Quote KamikuP 1-8-2022 12:33 PM
Ni lagi teruk dari gubuk bawah rumah dalam filem Ibu Mertuaku
Quote Artemesiaa 1-8-2022 12:34 PM
Tiru HK ler tu tak pun tiru ala2 capsule hotel
Quote tri-max 1-8-2022 12:38 PM
i is cannot bilik tak ada tingkap, mau pengsan sebelum waktunya
Quote putu 1-8-2022 01:09 PM
Sesak nafas tgk bilik nya ni
Quote dua_chzy 1-8-2022 01:18 PM
Cukup bagus dah tu berbanding tempat tidur reban ayam @ cage home di Hong Kong.
Quote tahanie 1-8-2022 01:20 PM
Zaman sebelum 2010 dapat bilik saiz bilik kasut macam hat ni kat bangsar dengan harga rm300.
Quote tripleid 1-8-2022 01:30 PM
bilik besar ni baik tido dlm peti mayat teross..
Quote eragon 1-8-2022 01:38 PM
Sudin:
Panjang dia dalam 7 kaki, lebar ada la dalam 3 kaki, dalam dia lebih kurang sama dengan panjang 7 kaki.

Ajis:
ohh besar juga yer. 7 kaki... lebar 3 kaki..... ada dalam lagi.... . hah itu kubur, tempat kau nak mampos. cakap kasi bikin orang marah saja.
Quote TomyamPuteh 1-8-2022 01:43 PM
Aku mula2 mai KL dok kt Kompleks Belia.Sewa sebulan 50 inggit je. 1 bilik kongsi 4 org. Semua lengkap. Beli cadar je. Heaven giler. Duduk 6 bln aku dh bwk keluar Kelisa.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047932 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top