CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Umur 9 Tahun Lemas- Sesuatu Sangat Bila Kawan-Kawan Kunci Pintu, Menyorok Dalam Rumah

1-8-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2780| Komen: 11

JOHOR BAHRU – Bapa kepada kanak-kanak yang ditemui mati lemas di Sungai Plentong di sini mahu siasatan terperinci dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang berlaku terhadap anaknya.


Muhammad Salleh Abdullah, 51, berkata, dia dan keluarga bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku terhadap anak keempat lapan beradik, Rizat, 9.

“Selepas isteri beritahu Rizat tak pulang lagi selepas keluar bermain bersama rakan-rakan pada Jumaat lalu, saya dan sekeluarga terus mencarinya termasuk pergi ke rumah rakan sepermainannya bertanyakan di mana Rizat.


Foto: Kosmo

“Namun perkara pelik berlaku apabila kedua-duanya mereka enggan bekerjasama dan memberitahu dengan lanjut di mana Rizat berada sebaliknya bertindak mengunci pintu kediaman masing-masing sehingga ke hari ini,”katanya ketika ditemui Kosmo! di Flat Daisi, Plentong di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Muhammad Salleh berkata, Rizat merupakan seorang budak yang sangat aktif selain jenis yang tidak melekat duduk di rumah.

Tambah Muhammad Salleh lagi, tindakannya itu bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya hanya mahu mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku sehingga anaknya lemas di sungai berkenaan.

“Rizat tidak pandai berenang, jadi saya cuma mahu tahu apa yang berlaku, adakah dia terjatuh sendiri atau ada sebab-sebab lain sehingga perkara buruk menimpanya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Salleh memaklumkan sebelum mayat anaknya ditemui, dia terlebih dahulu telah pergi ke sungai tersebut kerana terasa seperti ‘dipanggil’ untuk ke lokasi berkenaan.

“Pagi tadi, dalam pukul 8 pagi saya pergi ke sungai itu dan dalam hati seperti berkata ‘Rizat ada dekat sini’. Saya kemudian pulang ke rumah sebelum tidak lama mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Rizat sudah ditemui dan benar, di lokasi saya kunjungi pagi tadi,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh seorang awam.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-8-2022 11:22 AM
anak keempat lapan beradik, Rizat, 9.


anak ke 4 dprd 8 adik beradik ke
maksudnya ada 4 org lg bwh die ye

anyway, siasat
dh kenapa plk kan
lemas ke
main ganas sgt dgn kwn2 ke pun

Quote Hatida 1-8-2022 12:41 PM
budak2 zaman skarang main bukan mcm kita kecik2 dulu
tgk anak2 main kt umah jiran pun dh buat kita tak senang duduk
main lempar batu, tabur pasir atas kepala, main ketuk2 kepala
aduiyaiii! risau kita dibuatnya...

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
dan semoga dicucuri rahamat ke atas rohnya...aamiin
baya anak sy yg sulong
semoga ayah arwah dapat siasat apa yang sebenarnya berlaku
Quote whimsicalmusic 1-8-2022 01:20 PM
Maybe it was an accident tu yg bdk2 tu takut..main2 tertolak ke or challenge ke cmtu la
Quote testly 1-8-2022 01:53 PM
Sbb tu mmg kena pantau bebudak main. Sbb bukan semua bebudak baik pun
Quote rosedemon 1-8-2022 04:56 PM
budak kecik lagi ko dah biar sendiri main sungai, bingai punya bapak
Quote Hikariful 1-8-2022 05:30 PM
Adoi, i kalau anak umo 14 tahun ahli renang nak turun ke pool kondo sorang2 pun i tak kasi, melainkan kalu i atau bapak dia atau abang dia yg umor 20 tahun temankan..

apetahlagi kalu anak i yang umo 9 tahun yang bagi cadangan bernas gitu.. memang bakalan kena jerkah dngan i laa..

ni kondo pool gated and guarded.. memang dah tertulis perlu ada penjaga 18 tahun keatas..

ni kan pulak sungai yg airnya mengalir tak menentu... aduh.. salam takziah
Quote Artemesiaa 1-8-2022 05:36 PM
Dah hilang nyawa pasti mereka takut dan mungkin juga malas nak kena berurusan dengan pihak polis
Quote prizadane 1-8-2022 05:44 PM
Allahu. Kesiannya adik ni. Tapi itulah, anak tu baru umur 9 tahun kot. Dah bagi main kat luar tanpa pantauan ibu bapa.
Quote mojarean_X 1-8-2022 05:47 PM
Edited by mojarean_X at 1-8-2022 05:48 PM

ada unsur khianat ke? tgk perbualan wasap bdk2 kecik zaman skrg ni pun iols dh geleng kepala betapa kejam mereka
Quote Samerosie 1-8-2022 05:50 PM
Takziah untuk family arwah.  Parents kawan2 pun x nak pujuk ke anak2 derang apa terjadi sebenarmya? Satu lagi kenapa arwah dgn adiknya tangkap gambar dgn manequin pula?
Quote I.K.A888990 2-8-2022 02:30 AM
kdg takut tgk bdk2 zmn skrg ni
mcm dah makin ganas pulak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.041156 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top