CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bertahun Rafizi Menyorok, Bila Keluar Gua Berlagak Pejuang Rakyat' - Najib

31-7-2022 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2883| Komen: 34

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menemplak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berlagak seperti pejuang rakyat selepas lebih tiga tahun menghilangkan diri dari arena politik.


Beliau berkata, jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyedarkan rakyat dan pengundi di Selangor bahawa pemimpin seumpama itu perlu dihukum dalam pilihan raya akan datang kerana gagal menunaikan manifesto sebelum ini.

“Ingatkan kepada pengundi, janji kerajaan PH dulu yang mereka tak tunaikan. Saya tengok tape (rakaman video) lama dia, dia janji, kalau PH menang, pendidikan percuma di universiti, pengajian tinggi percuma, termasuk di IPTS.


Foto: FB Rafizi/Najib


“Lepas itu dia janji RM5,000 lagi setiap pelajar, lagi satu PTPTN dihapuskan. Tiga janji ini, wahai Rafizi, mana pergi janji ini, tak usahlah hari ini muncul balik dari gua.

“Ini seorang lagi keluar dari gua, dia duduk dalam gua, menyorok dalam gua tiga tahun lebih, tiba-tiba keluar dari gua, nak tunjuk kononnya dialah juara rakyat, orang Pahang kata beda’ah, betul-betul beda’ah,” katanya berucap pada Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi meminta semua pimpinan dan cabang PKR di seluruh negara membuat laporan polis terhadap bekas Najib bermula 19 Julai lalu berhubung kecuaian bekas Perdana Menteri itu sehingga membawa tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Dalam pada itu, Najib tidak berminat untuk melayani tindakan bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebaik sahaja menang dalam pemilihan PKR selepas Kongres Nasional ke-15 Keadilan, 17 Julai lalu.

“Saya nak sebut si Rafizi sebab dia minat kat saya sehari dua ini, minat politik laa, minat lain jangan lah, saya tak minat dia, kalau dia minat saya, dia punya pasal lah.

“Pemimpin seperti inilah kita kena dedahkan, beritahu dia ini Raja Formula Songsang betul. Nama lain ada tapi saya tak nak sebut, rasa nak sebut tapi tak nak sebut, tak bolehlah sebut,” katanya lagi. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 31-7-2022 11:06 PM
dah memang tugas si rafizi
Quote Knowlee 1-8-2022 08:31 AM
Nak dekat PRU, tetiba keluar la. Dpt vote, menang, pastu acah acah mengundur diri balik. Drama kuat la.
Quote jalfa 1-8-2022 08:34 AM
Dua tiga tahun dia bertapa ke acaner
Quote tripleid 1-8-2022 09:06 AM
Edited by tripleid at 1-8-2022 11:39 AM

Diamlah Jebonn!hang punya manipesto masa jadi pm pun kelaut jugak ada hati nak ngata org..atleast rafizi tu tak merompak harta negara cam ang


Quote pasa 1-8-2022 09:19 AM
tripleid replied at 1-8-2022 09:06 AM
Diamlah Jebonn!..atleast rafizi tu tak merompak harta negara cam hang

Piji idola PH
menipu kuat, Raja Formula kononnya


Quote zidane_ziege 1-8-2022 09:20 AM
tanpa rapiji kita takkan tau pasal kes lembu kondo & 1mdb
Quote shalalat 1-8-2022 09:22 AM
Tunggu jgk ape lagi helah bosskurr nak delay kan kes src
Quote renko 1-8-2022 09:22 AM
sama la dua2 pun
Quote tripleid 1-8-2022 09:51 AM

apa yang sama??

sorang seleweng duit  rakyat,sorang lagi membongkar penyelewengan.jauh beza tuh
Quote totokreturn. 1-8-2022 10:04 AM
tripleid replied at 1-8-2022 09:51 AM
apa yang sama??

sorang seleweng duit  rakyat,sorang lagi membongkar penyelewengan.jauh beza tuh ...

bukan sorang lagi tu pakar formula ke?
Quote kucingitam 1-8-2022 10:07 AM
sama je korang berdua takleh pakai..
Quote tripleid 1-8-2022 10:19 AM
totokreturn. replied at 1-8-2022 10:04 AM
bukan sorang lagi tu pakar formula ke?

better la drpd jadi pakar penyamun..
Quote otai_g 1-8-2022 10:46 AM
Rafizi pakar formula.. taik kucing.
Quote totokreturn. 1-8-2022 10:51 AM
tripleid replied at 1-8-2022 10:19 AM
better la drpd jadi pakar penyamun..

oooo

so kita kena angguk anngguk juga la
Quote nolya 1-8-2022 10:57 AM
tripleid replied at 1-8-2022 09:06 AM
Diamlah Jebonn!hang punya manipesto pun kelaut jugak ada hati nak ngata org..atleast rafizi t ...

mengata dulang paku serpih
mengta orang, aku yg ................

mana cermin nak tengok muka
alamak!  sama lah walau tak serupa

Quote Decaffeinated 1-8-2022 10:58 AM
Ada tak sesiapa yang boleh kasi Najib ni diam.
Quote AbukRokok 1-8-2022 11:20 AM
ahli politik mmg mcm tu
lainkali lantik saya sbg diktator
mmg tidak malu mengakui mahu melancar operasi pembersihan etnik pendatang asing
agar pulang ke ibu pertiwi masing2 naik tongkang semberono
Quote Firenzza 1-8-2022 06:41 PM
Decaffeinated replied at 1-8-2022 10:58 AM
Ada tak sesiapa yang boleh kasi Najib ni diam.

Nasib baik la najibun kalah 2018, klau x smpai skrg kes 1mdb dia simpan dlm labu peram.....silap2 menteri kewangan skrg si jho low cilanat tuh
Quote sam1528 1-8-2022 08:13 PM
Rafizi ada balas balik kat FB dia

Ni komen dia yang paling win
Misalnya, adalah satu kebodohan jika kita membiarkan Najib dan konco-konconya memperlekehkan kewibawaan seorang anak Malaysia terbilang seperti YA Dato’ Mohd Nazlan. Beliau seorang yang pintar lulusan University of Oxford dan mempunyai rekod kerjaya yang menjadi kebanggaan negara. Beliau juga tidak gentar dengan asakan politik dan sanggup berdepan dengan mainan propaganda Najib.

Bandingkan dengan Najib yang rekod akademik dan kerjayanya hanyalah sebagai seorang bangsawan yang tidak pernah ada pencapaian baik selain yang datang dari kedudukannya sebagai seorang bangsawan.

Jika ada anak Melayu yang wajar menjadi kebanggaan dan inspirasi generasi muda Melayu, tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan inilah yang perlu kita angkat.

Sebaliknya, propaganda Najib dengan tanpa segan silu, sementara memainkan isu perkauman, dia juga menghina dan memperkecilkan tokoh-tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan demi untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dekat dengan hari penghakiman.

Sebab itu, telatah Najib tidak lebih dari seorang yang perasan dan merasa takut pada masa yang sama.

Kena setepek tang dahi Pok Jib(yg kalah rayuan tu) .... peeeeeekkkkk!!!

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.276968 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top