CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Seru Rakyat Jadikan Seni Silat Gaya Hidup Masa Kini

31-7-2022 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1707| Komen: 7

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat negara ini menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa kini.

Beliau berkata, silat boleh membentuk karakter peribadi dan disiplin bagi pengamalnya sekali gus memainkan peranan besar dalam memastikan budaya Melayu terkenal dan diwarisi di peringkat sejagat.

Malah katanya, silat juga terbukti mampu menjadi jambatan budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar melalui ratusan ribu ahlinya di benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.


Bernama

“Saya berharap seni silat akan terus dipraktikkan oleh generasi masa kini dan akan datang supaya ia kekal dimartabatkan dan terus relevan sepanjang masa.


“Budaya persilatan yang telah lama bertapak ini perlu dikekalkan agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat (kerana) seni silat ini bukan sekadar untuk mempertahankan diri, tetapi ia juga membentuk keterampilan dan jati diri mereka yang mempelajarinya.

“Malah, ia juga mendidik pengamalnya supaya tidak mudah mengalah dan berjiwa besar, selain sentiasa menyemai dan menyemarakkan semangat perjuangan pejuang silam,” ujar beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini Ahad malam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, dunia persilatan Melayu juga telah menyaksikan pelbagai pencapaian dan kejayaan, malah telah diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

Selain itu katanya, terdapat beberapa persatuan silat juga menerima pendaftaran baharu mencecah lapan kali ganda dalam tempoh setahun berbanding sebelum ini.

“Baru-baru ini, tayangan filem ‘Mat Kilau’ telah mencetuskan fenomena di negara ini dan percaya ramai yang telah menonton filem ini yang diinspirasikan daripada perjuangan dan keberanian pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam menentang penjajahan.

“Impak filem itu begitu luar biasa, bukan hanya mencatat kutipan sehingga RM90 juta hanya dalam tempoh 33 hari ditayangkan, malah kepada persatuan silat apabila menerima banyak ahli baharu yang berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri ini," katanya.

Tambahnya, fenomena itu jelas menunjukkan pengaruh silat yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan dan adab orang Melayu memberi impak kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk mengenalinya secara mendalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri, turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Pesaka bagi menghargai sumbangan yang diberikan anak-anak silat serta membantu Pesaka mengembangkan seni silat.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 31-7-2022 11:40 PM
Baju silat Burberry dah order ka Mael?
Quote Nnoor2 31-7-2022 11:53 PM

[youtube]BMNxBHUEMvs[/youtube]



X de benda lain ke menteri2 Malaysia ni nk usulkan...

Nah untuk semua menteri2 Malaysia
Quote Raline 1-8-2022 11:25 AM
sembang KENCANG puak2 ni... SILAT la sgt... 5 waktu pun lalai...
Quote ifanonline 1-8-2022 11:28 AM
ramai pasangan bersilat atas katil dah pun...nothing new
Quote Kemaruk-Taikk 1-8-2022 10:13 PM
Pembalak Tasik Chini tersenyum sinis
Quote syaz_lina 1-8-2022 10:16 PM
Suruh anak menantu ko la pak mail oi..kami marhaen bz bekerja gaji minimum. kais pagi mkn pagi.ko faham tak
Quote boo05 24-11-2024 10:06 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.382440 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top