|
Remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas dia tertidur di atas telefon bimbitnya yang sedang dicas, lapor Mirror.
Dalam kejadian pada 27 Julai lalu itu, dilaporkan mangsa, Khorn Srey Pov, 17, baharu selesai mandi dan dia kemudian mengecas telefon bimbitnya dan menghidupkan fungsi lampu suluh pada peranti tersebut. Khorn yang merupakan penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja, ditemui mati dengan keadaan menindih telefon bimbitnya. Pegawai tempatan dalam satu kenyataan berkata, Khorn meninggal dunia serta-merta sewaktu sedang tidur akibat renjatan elektrik yang tinggi.
Kematiannya mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon. "Mereka (pihak berwajib) patut mengadakan kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan peralatan elektrik. Saya melihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup dan insiden malang seperti ini kerap berlaku. "Dia baru sahaja mandi, jadi mungkin badannya masih basah ketika berbaring di atas soket. "Walaupun dalam kering, namun bukan idea yang bagus untuk meletakkan peralatan elektrik bersama-sama di atas katil. Tragis," demikian antara komen netizen. Sumber: mStar
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.607880 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.