CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pangku Bayi Di Pelamin Iringi Perkahwinan Suami Dengan Isteri Muda

30-7-2022 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2742| Komen: 13

Tular gambar dan video di media sosial sehingga ditonton lebih 6.5 juta tontonan apabila seorang isteri yang sedang memangku bayinya di pelamin bersama suaminya yang berkahwin dengan isteri muda.


Majlis perkahwinan di Purwakarta, Jawa Barat itu mencuri perhatian netizen, apabila isteri tua itu sanggup menemani suaminya pada majlis berkenaan.

Wolipop melaporkan gambar detik perkahwinan yang tular itu dirakamkan oleh pemilik akaun TikTok Lia Azka iaitu @lia.sugiandie.


TikTok

Lia merakam detik isteri pertama yang memakai tudung hitam dan memangku anaknya.


"Isteri tua mengiringi perkahwinan suami dengan isteri muda. Sabar dan tabah, Insya-Allah dapat syurga," tulis TikTok @lia.sugiandie.

Muat naik Lia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang marah dan ada tidak sanggup melihat ketabahan isteri pertama.

Dalam video berdurasi sembilan saat, Lia merakam sesi bergambar dengan pasangan pengantin di akaun TikTok miliknya.

Dia turut menjawab beberapa komen netizen yang ingin tahu mengenai detik perkahwinan di mana seorang isteri tua menemani suaminya untuk berkahwin lagi dengan isteri muda.

"Sudah lama kahwin (nikah), tapi baru majlis resepsi semalam. Semuanya baik-baik saja. Isteri tua dan muda bergaul mesra. Kerana setiap manusia sudah ditentukan takdir atau takdirnya oleh Allah SWT dan sebagai sesama wanita haruslah menyokong masing-masing, yang lain berdoa. Bukan untuk saling bertekak," tulis Lia di ruangan komen.

Menurut Lia, majlis pernikahan diadakan di kediaman pengantin perempuan di Purwakarta, pada 16 Julai lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu mengakui masih menjalinkan hubungan baik dengan pasangan pengantin.

"Saya sepupu suaminya (pengantin lelaki)," kata pemilik akaun TikTok yang mengaku bernama Lia Azka itu kepada portal Wolipop melalui WhatsApp.

Lia Azka yang menetap di Purwakarta, Jawa Barat itu mengesahkan si isteri pertama sudah memberi kebenaran kepada si suami untuk berkahwin lagi.



"Semuanya baik-baik saja. Semuanya dengan izin isteri tua," jelasnya.

Lia Azka mendedahkan kedua-dua sang isteri kini tinggal di rumah yang berbeza. Setiap isteri diberikan rumah oleh suami.

"Mereka tidak tinggal serumah, mereka ada rumah sendiri. Isteri tua sudah ada rumah dan isteri muda ada rumah yang dihadiahkan suami," kata Lia.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 30-7-2022 10:09 PM
Edited by tumpanglalu74 at 30-7-2022 10:14 PM

Waduh3..  Beruntung sekali ya?  Tapi tangan sominya itu lagi dekat sama pinggul bini muda.  Bini tua itu kata orang Malesya syok sendiri aja kayaknya ya..  Tersenyum sendirian tika sominya sedikit pun tidak memaling muka padanya.  Ternyata wanita Malesya lagi bijak ya.  Enggak mau diperbodohkan begini sama sekali.

Flag_of_Indonesia_(WFB_2000).jpg
Quote sarahmirza 30-7-2022 10:17 PM
Tetiba komen InsyaAllah dapat syurga.....
Hanya dengan bersanding bersama suami dan madu...

Indon la hai.....
Quote Friska 30-7-2022 10:18 PM
tumpanglalu74 replied at 30-7-2022 10:09 PM
Waduh3..  Beruntung sekali ya?  Tapi tangan sominya itu lagi dekat sama pinggul bini muda.  Bini tua ...

Yang ndak punya suami cuman bisa nonton aja ya, kebahagiaan orang lain
Quote tumpanglalu74 30-7-2022 10:27 PM
Friska replied at 30-7-2022 10:18 PM
Yang ndak punya suami cuman bisa nonton aja ya, kebahagiaan orang lain

Yang punya suami orang macam kamu memang cukup bahagiya ya..  Merampok suami majikan sendiri terus dibilang punya suami ya kamu.
Quote dani-rox 30-7-2022 10:33 PM
Quote bedahmenjuyah 30-7-2022 10:37 PM
Perlu ke berita gini? Langsung tak membina minda
Quote che-cikL 30-7-2022 10:57 PM
berita caprut.jpg
Quote sukacactus 31-7-2022 06:48 AM
Kalau dah setuju lantak korang la
Yg pengantin ats pelamin pun dok terkangkang siap main handphone, nak tergelak aku tgk
Quote akusukaq 31-7-2022 07:01 AM
Edited by akusukaq at 31-7-2022 07:05 AM

Kalau dasar  betina Indon perompak mana tau malu. Semoga ada betina indon yg lain plk merompak laki kamu.  Masa itu baru ko tau apa itu bahagia sementara
Quote lattehazelnut 31-7-2022 07:08 AM
Friska replied at 30-7-2022 10:18 PM
Yang ndak punya suami cuman bisa nonton aja ya, kebahagiaan orang lain

Sebab tu sampai amik suami majikan sbb jeles tgk kebahagiaan diorg?
Quote Suchi 31-7-2022 07:18 AM
Baju pantin belah sana mmg tak cantik sangat yaa patut la ada yg kepingin menikoh pakai baju ala2 orang malaysia.
Belah jawa yg ada bunga melur atas kepala bagai tu kan, pastu baju kemban2 tu.
Belah Riau orang melayu kawen mcm org malaysia la juga lelaki bertanjak bagai.
Sbb penah tgk sorang influencer indo yg kawen ngn org Turkiye tu, dia org Pekan Baru ke mana tah tp kat negeri melayu tu laa.
Suami dia pakai baju melayu bertanjak bagai takda pakai ala wong jowo tu.
Quote jazaa100 31-7-2022 08:30 AM
tumpanglalu74 replied at 30-7-2022 10:09 PM
Waduh3..  Beruntung sekali ya?  Tapi tangan sominya itu lagi dekat sama pinggul bini muda.  Bini tua ...

Kau ni...
Tak pepasal aku scroll balik tgok gambar tu.....


Quote boo05 24-11-2024 09:54 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.119516 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top