|
Wanita warga Australia cedera parah selepas terjatuh ke dalam lubang benam panas di New Zealand. kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa berjalan di laluan pejalan kaki baru-baru ini.
Dia yang datang dari Perth berjalan bersama suaminya ke Perkampungan Whakarewarewa di Rotorua di Pulau Utara New Zealand apabila tanah dipijaknya terbuka secara tiba-tiba. Dia kemudian rebah dan mengalami kecederaan serius sebelum suaminya sempat menariknya keluar dari lubang tersebut.
Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Difahamkan, suaminya turut mengalami kecederaan, tetapi kurang serius. Menurut laporan, panjang lubang itu adalah dua meter, lebar satu meter dan sedalam sekurang-kurangnya satu meter. Kampung yang menjadi tarikan popular sebagai satu-satunya kampung penduduk asli Maori di negara tersebut telah ditutup kepada orang ramai ekoran kejadian yang kini masih dalam siasatan polis. Sumber: Sinar Harian
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078252 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.