Seorang penari dihempap panel video besar yang terjatuh di atas pentas ketika konsert kumpulan popular Hong Kong, Mirror berlangsung pada Khamis. Insiden itu mengakibatkan yang lain terperangkap dan mendorong pihak berkuasa melakukan siasatan. Sekurang-kurangnya dua penari cedera, dengan seorang dalam keadaan serius dan seorang lagi stabil, lapor penyiar tempatan RTHK. Tiga penonton turut cedera, lapor media tempatan, dengan ramai peminat beremosi selepas adegan mengerikan itu. "Saya terkejut dengan kejadian itu. Saya simpati kepada mereka yang cedera dan berharap mereka akan pulih segera," kata Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee pada Jumaat. Katanya, kerajaan akan menyiasat dan mengkaji semula prosedur keselamatan untuk melindungi penghibur, kakitangan dan orang ramai. Setiausaha Kebudayaan bandar itu, Kevin Yeung, berkata pertunjukan itu akan digantung sehingga struktur pentas itu selamat. Dalam satu kenyataan, biro riadah kerajaan sudah menghubungi penganjur konsert mengenai insiden pentas lain sejak kebelakangan ini. Kumpulan popular itu ditubuhkan pada 2018 melalui rancangan realiti televisyen dan merancang satu siri 12 rancangan di Coliseum Hong Kong, bersebelahan pelabuhan Victoria di bandar itu. Lebih 13,000 peminat Mirror menandatangani petisyen dalam talian meminta penganjur konsert menyelesaikan masalah dan memastikan keselamatan untuk semua penghibur, menurut laman web petisyen itu. MakerVille, penganjur konsert yang dimiliki taikun Hong Kong Richard Li PCCW Media Group, berkata pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh punca kemalangan itu. Sumber: Harian Metro |
kakikuDibibirmu replied at 29-7-2022 06:00 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-7-2022 05:57 PM
Gelek sikit makcik! {:mldance5: ...
Suchi replied at 29-7-2022 07:40 PM
Seramnya laa hai, tgk video ni td kat fb tp konpius sbb ada komen emoji gelak ingatkan edit ke apa r ...
Lily_Elizabeth_ replied at 29-7-2022 07:52 PM
Allah.
I tgk kat food court kl sentral.
asfaz replied at 29-7-2022 08:08 PM
Meninggal tu mangsa pertama ke? Sb tgk video kat Ig tadi , ngam2 betul kat kepala/leher dia .pastu ...
asfaz replied at 29-7-2022 08:07 PM
Toksik giler Komen2 kat fb. Ramai acah ahli syurga. Takde langsung rasa simpati. Bila ada yg tegur ...
ADVERTISEMENT