Datuk Mohd Kazim Elias, 49, meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 14 tahun. Ia susulan laporan media mmendakwa seorang penceramah bebas bergelar ustaz dalam lingkungan usia 30-an ditahan atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru-baru ini. Ekoran itu, ramai wargamaya menimbulkan spekulasi liar dan mula berteka-teki mengenai gerangan suspek berkenaan sehingga nama Ustaz Kazim terpalit sama. Tidak berdiam diri, Penceramah terkenal itu tampil mempertahankan diri untuk mengelak imejnya terus dicemarkan individu tidak bertanggungjawab. “Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya. “Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut,” ujarnya. Sementara itu, Ustaz Kazim terkilan dengan cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas terutamanya melibatkan kes sedemikian kerana difahamkan ia boleh menimbulkan fitnah. Ustaz Kazim menerusi ceramahnya menegur pihak media untuk berlaku adil kepada semua golongan serta tidak perlu menggantungkan sesuatu laporan. “Pemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau sembrono melabel gelaran ustaz. “Sekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata,” katanya. Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memperingati semua pihak agar tidak terus mudah menjatuhkan hukuman kepada suspek sekiranya masih belum didapati bersalah. Sumber: Xtra |
B40tastePosh replied at 24-11-2024 02:01 AM
Orang Meru, Ipoh sayang dia ni.
makcik2 aku sayang betul Ustaz Kazim ni.
gigahertz replied at 24-11-2024 03:18 PM
dulu dia ada datang ceramah kat surau.mak i gi dengar ceramah pastu gi beli air botol ubat
yang o ...
B40tastePosh replied at 25-11-2024 08:38 AM
Scam la ek...
Mak uols orang Perak ke?
gigahertz replied at 25-11-2024 05:40 PM
ustaz tu datang selangor.
i ok je dengan ustaz ni cuma bila jual jus
claim utk kesihatan tu i kura ...
ADVERTISEMENT