CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 7

‘Saya Juga Kena Tempiasnya’ - Ustaz Kazim Kesal Terpalit Isu Rogol

[Copy link]
Post time 29-7-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Mohd Kazim Elias, 49, meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 14 tahun.


Ia susulan laporan media mmendakwa seorang penceramah bebas bergelar ustaz dalam lingkungan usia 30-an ditahan atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru-baru ini.





Foto: Orang Perak




Ekoran itu, ramai wargamaya menimbulkan spekulasi liar dan mula berteka-teki mengenai gerangan suspek berkenaan sehingga nama Ustaz Kazim terpalit sama.


Tidak berdiam diri, Penceramah terkenal itu tampil mempertahankan diri untuk mengelak imejnya terus dicemarkan individu tidak bertanggungjawab.


“Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya.


“Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut,” ujarnya.


Sementara itu, Ustaz Kazim terkilan dengan cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas terutamanya melibatkan kes sedemikian kerana difahamkan ia boleh menimbulkan fitnah.


Ustaz Kazim menerusi ceramahnya menegur pihak media untuk berlaku adil kepada semua golongan serta tidak perlu menggantungkan sesuatu laporan.


“Pemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau sembrono melabel gelaran ustaz.


“Sekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata,” katanya.


Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memperingati semua pihak agar tidak terus mudah menjatuhkan hukuman kepada suspek sekiranya masih belum didapati bersalah.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 09:55 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 24-11-2024 11:07 PM

Orang Meru, Ipoh sayang dia ni.

makcik2 aku sayang betul Ustaz Kazim ni.

So no comment.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So siapa org yg kena tuduh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 04:38 PM | Show all posts
gigahertz replied at 24-11-2024 03:18 PM
dulu dia ada datang ceramah kat surau.mak i gi dengar ceramah pastu gi beli air botol ubat
yang o ...

Scam la ek...

Mak uols orang Perak ke?

Marah orang Perak kalau kutuk Ustz. Kazim
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 05:43 PM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 25-11-2024 05:45 PM
gigahertz replied at 25-11-2024 05:40 PM
ustaz tu datang selangor.
i ok je dengan ustaz ni cuma bila jual jus
claim utk kesihatan tu i kura ...

Ooo, ingat air jampi....

Ala suruh mak uols baca Hizib Nawawi, tahan nafas, hembus kat air mati/jerang....pastu minum, sapu kat muka, sambil puasa sunat....ulama sekarang bukan nye betul2 warak.

Kadang kita tak yakin dgn diri sebab banyak dosa, padahal ustaz tu pun ada dosa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan UKE
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
eww orang tua ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078039 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list