SHAH ALAM- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan bahawa ada memohon untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui aplikasi, Telegram.
Menurutnya, beliau telah dihubungi beberapa individu serta kenalan rapatnya berhubung perkara itu sejak beberapa hari lalu. “Saya akan buat laporan polis berhubung perkara ini. “Harap orang ramai tidak terpedaya dengan individu atau pihak yang guna nombor saya dalam Telegram itu untuk pinjam duit,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Terdahulu, wartawan Kosmo! telah menerima satu mesej daripada pemilik akaun Telegram yang menggunakan nombor serta gambar Wan Junaidi susulan ingin meminjam wang berjumlah RM3,000. Individu tersebut memaklumkan bahawa dia akan ‘membayar semula’ duit tersebut pada hari sama, kerana mahu menggunakannya untuk urusan terdesak. “Nanti masukkan duit ke akaun bank Public Bank di atas nama Husin bin Abidin dan tulis sebab pemindahan wang atas sebab Wan Junaidi. “Nanti dah pindahkan duit, hantar salinan resit supaya saya ambil maklum apabila dah masukkan duit dalam akaun saya,” ujar individu itu. –CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 29-7-2022 02:42 PM
tunggu message dari pak mael nak pinjam duit beli Burberry
Orenn1 replied at 29-7-2022 02:27 PM
Kenapa pihak berkuasa takde ambil tindakan pd scammer? padahal semua electronic blh trace segala inf ...
ADVERTISEMENT