View: 1914|Reply: 14
|
Menteri Mesej Kawan-Kawan Nak Pinjam Duit?
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan bahawa ada memohon untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui aplikasi, Telegram.
Menurutnya, beliau telah dihubungi beberapa individu serta kenalan rapatnya berhubung perkara itu sejak beberapa hari lalu.
 Wan Junaidi, Foto: Kosmo
“Saya akan buat laporan polis berhubung perkara ini.
“Harap orang ramai tidak terpedaya dengan individu atau pihak yang guna nombor saya dalam Telegram itu untuk pinjam duit,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Terdahulu, wartawan Kosmo! telah menerima satu mesej daripada pemilik akaun Telegram yang menggunakan nombor serta gambar Wan Junaidi susulan ingin meminjam wang berjumlah RM3,000.
Individu tersebut memaklumkan bahawa dia akan ‘membayar semula’ duit tersebut pada hari sama, kerana mahu menggunakannya untuk urusan terdesak.
“Nanti masukkan duit ke akaun bank Public Bank di atas nama Husin bin Abidin dan tulis sebab pemindahan wang atas sebab Wan Junaidi.
“Nanti dah pindahkan duit, hantar salinan resit supaya saya ambil maklum apabila dah masukkan duit dalam akaun saya,” ujar individu itu. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu wak pun terkena juga kan...scammer menyamar jd dia g wasap semua contact dlm phone dia nk pinjam Rm5k, petang byr blk. No akaun dh lah org lain pula tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai scammers buat gini skg. Hairan aku camna mereka boleh dapat data orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada org terpedaya ka?
Dolu2 scammers pakai emel jahh.. la ni pakai telegram |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pihak berkuasa takde ambil tindakan pd scammer? padahal semua electronic blh trace segala info sampqi ke lubang cacing. Mcm satu rangkaian scammer ni, dulu lps aku jual rmh kat msia scammer pun call nak jual insurans mintak info psl account nasib baik bukan bodoh. Aku syak ada dalang dlm bank punya keja |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu message dari pak mael nak pinjam duit beli Burberry 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan powerful sangat lah pak menteri ni, boleh selesai & cekup scammer tu on the spot, alih2 nak kena announce juga untuk buat police report bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Kihkihh akhirnya kena macam marhaen kena |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-7-2022 02:42 PM
tunggu message dari pak mael nak pinjam duit beli Burberry
Terfikir zaman kak mah sinonim dgn pelbagai jenama mewah bag tangan. X sangka pula diteruskan pak mael ngan jenama burberry pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo betul menteri mintak pinjaman, pasti bukan sekadar marhaen 50, 100 hengget.
For sure, berpuluh kalo bukan beratus ribu yo  |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni menjadi jadi betul scammers - i tetber dapat email beli bitcoin , akaun paypal i yg dah tak active sejak 2015 lagi tiba tiba je.. yg pasal scammer minta duit ni yes dalam group whatsapp my father ade je individu yg minta duit wakili someone yg we all kenal like satu imam, sampai kawan abah i call that person untuk verify betul ke dia nak duit...rupnya tipu.
eh banyak dah kejadian macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 29-7-2022 02:27 PM
Kenapa pihak berkuasa takde ambil tindakan pd scammer? padahal semua electronic blh trace segala inf ...
Biasa lah Skmm sebok target posts pumbangkang saja. Yg.tu laju je depa bertindak. Bab scammer ni lembab lembam nya lahai. Bodo kan. |
|
|
|
|
|
|
|
i pun pernah, nombor jiran yg very close dgn dia, aleh2 nak pinjam duit , kasi acc no org lain.. pelik dia bersaya2… ayat pu. skema. Sah scammer. i reply… wah pagi2 dah bersaya2 . jom xxxx (nama kat nombor acc) kita jumpa kat balai polis |
|
|
|
|
|
|
|
pernah, 2 tahun lepas adik i kena kat fb. mula2 like post org , pastu pm semua friends kat fb yg dia like nk pinjam duit. tapi sbb adik jarang buka fb, dan boleh kata tak pernah like post sesiapa, aleh2 like. mmg sah la scammer. Adik i buat derk je macam tkde apa2 berlaku. Dia ckp kat i siapa yg bank in no acc org lain tu mmg bodoh namati. Lagipun apa lah salahnya double check call dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|